web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anak Muda Akan Bangkit Pada PRN Seperti Di PRU-15 - Abdul Hadi

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2023 3:51PM

Abdul Hadi Awang berkata, semangat itu lebih kuat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang apabila golongan anak muda diyakini tidak tertarik sama sekali dengan godaan pemimpin lain - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) adalah bukti kebangkitan semangat anak muda yang mahu menegakkan syiar Islam, tanpa dipengaruhi sebarang ‘gelombang’ membinasakan.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, semangat itu lebih kuat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang apabila golongan berkenaan diyakini tidak tertarik sama sekali dengan godaan pemimpin lain.

Menurut beliau, aura itu dilihat sudah mengatasi peranan ibu bapa atau penjaga yang sibuk dengan urusan hidup tanpa memahami kewujudan bahaya sebenar.

"Kita menyaksikan tanda yang sangat menarik dengan kebangkitan anak muda di negara kita dalam PRU-15. Mereka akan terus meluncur dengan lebih besar dalam PRN nanti, khususnya, dengan keinsafan mereka.

"Mereka tidak akan tertarik dengan pemimpin yang terjun ke padang untuk menari dan menyanyi bagi menggoda mereka. Barangkali yang mabuk dadah dan syabu sahaja boleh bernafsu tanpa mengira tua atau muda," katanya menerusi  hantaran di Facebook, hari ini. 

Abdul Hadi berkata, perilaku umat akhir zaman ketika ini dilihat seolah menyamai kaum Nabi Nuh AS, yang ditenggelamkan oleh taufan dahsyat atau kesesatan kaum Nabi Musa AS dan Nabi Harun AS selama 40 tahun.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, seteruk mana pun umat akhir zaman, Allah SWT tidak akan menurunkan dugaan seberat itu, namun cukup sekadar menjadi kalangan pengundi saluran satu yang tidak berubah sehingga akhir hayat.

Sehubungan itu, Abdul Hadi memberitahu, ibu bapa dan pendidik memainkan peranan penting dalam perubahan anak muda secara menyeluruh dan sempurna.

"Perubahan anak muda wajib berlaku secara menyeluruh dan sempurna, maka peranan ibu bapa dan pendidik sangat penting bagi membentuk anak yang bertenaga menongkah cabaran. 

"Ia bagi melakar kemenangan yang bertenaga. Begitu juga, menjadi pelapis yang tidak mematikan perjuangan kebaikan dan kebahagiaan yang berwawasan dunia dan akhirat," katanya. 

Jelas Ahli Parlimen Marang itu, Islam tetap dipelihara Allah SWT seperti dahulu oleh generasi muda atau kaum lain yang menganut atau menukar agamanya.

Katanya. slogan sering disebut Laksamana Hang Tuah iaitu tidak Melayu hilang di dunia merupakan ciptaan penjajah yang dijaja sejak dahulu.

"Bagaimanapun, hal itu tidak boleh melawan amaran Allah SWT menerusi surah al- A’raf ayat ke-34 yang bermaksud, dan tiap umat mempunyai ajal (batas waktu), maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya walaupun sesaat dan tidak dapat memajukannya (mempercepatkannya).

"Keadaannya itu terpulang kepada sikap suatu kaum atau bangsa untuk menyelamatkannya dengan melakukan perubahan, sama ada perubahan yang baik atau buruk," katanya. - Getaran, 4 Julai 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar