web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pembahagian Kerusi PH-BN Di Selangor Dijangka Selesai Seminggu Lagi

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2023 1:37PM

Selangor antara enam negeri yang akan menghadapi PRN tidak lama lagi selain Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Perbincangan bagi agihan kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor dijangka selesai dalam tempoh seminggu lagi, kata Pengerusi PH Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Menteri Besar Selangor itu berkata beberapa siri perbincangan telah diadakan antara Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dan diharapkan penyelesaian bagi perkara berkenaan dapat dicapai tidak lama lagi.

“Saya rasa paling lama seminggu lagi (selesai perbincangan pembahagian kerusi),” katanya kepada pemberita pada Program Ibadah Korban Perdana Negeri Selangor di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor hari ini. 

Berkenaan gerak kerja PH, Amirudin berkata parti itu telah rancak menggerakkan jenteranya terutamanya sejak bulan Ramadan lepas dan sedang menumpukan perancangan bagi kempen serta program untuk bertemu rakyat bagi menghadapi PRN. 

Selangor antara enam negeri yang akan menghadapi PRN tidak lama lagi selain Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), PH yang bertanding menggunakan logo PKR ketika itu menang 51 daripada 56 kerusi DUN, diikuti BN dan PAS masing-masing mendapat empat dan satu kerusi. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 22 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad