web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anggapan Hanya PAS Pejuang Islam Pemikiran Sempit Bersifat ’Takfiri’

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2023 8:18PM

Mohd Khairuddin berkata, tuduhan ‘tidak Islam’ dan ‘musuh Allah’ tidak berkumandang ketika PAS bersama UMNO dari 1972 hingga 1978 dan bersama-sama menubuhkan Barisan Nasional (BN) pada 1974. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemikiran sempit bahawa hanya PAS yang memperjuangkan Islam di negara ini, lalu menidakkan keislaman atau mengkafirkan orang Islam lain didakwa bersifat ‘takfiri’.

Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, tuduhan ‘tidak Islam’ dan ‘musuh Allah’ tidak berkumandang ketika parti itu bersama UMNO dari 1972 hingga 1978 dan bersama-sama menubuhkan Barisan Nasional (BN) pada 1974.

Bagaimanapun, menurut beliau, tuduhan terbabit mengakar semula selepas PAS ‘terkeluar’ daripada BN pada 1978 sehingga lahir Amanat Tok Guru Haji Hadi pada 1981.

Mohd Khairuddin Aman Razali
Mohd Khairuddin Aman Razali

“Apabila PAS bersama UMNO pada 2019 menerusi Muafakat Nasional (MN), tiada lagi tuduhan sebegitu tetapi sebaik berakhir MN di saat Pas dan UMNO bersaing semula di arena pilihan raya, maka ucapan ‘neraka jika mengundi selain PAS’ kembali dihidupkan.

“Benih pemikiran ‘takfiri’ ini adalah ancaman terhadap keharmonian bermasyarakat dan bernegara, sebagaimana dibahas serta diperingatkan alim ulama Islam seluruh dunia, termasuk oleh ulama gerakan Islam dunia, seperti Dr Yusof Qaradawi,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Mohd Khairuddin berkata, PAS tidak sepatutnya mengeluarkan fatwa mewajibkan rakyat menyokong mereka atas keyakinan palsu bahawa hanya parti itu yang memperjuangkan Islam, manakala parti lain tidak berbuat demikian, malah dianggap sebagai musuh Islam.

Beliau yang juga Penasihat Agama Timbalan Perdana Menteri memaklumkan, daripada situ lahir fatwa haram dan ‘masuk neraka’ bagi sesiapa yang menyokong serta mengundi parti orang Islam lain, seperti pernah disebut Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Sik, Mohd Shaiful Mhd Nasir.

“Inilah pemikiran songsang menafikan demokrasi dan keluasan ijtihad berparti serta berorganisasi dalam Islam dan dalam negara.

“Inilah juga punca keganasan berlaku antara pendukung parti ketika pilihan raya. Ia bermula dengan fatwa wajib dan haram oleh pimpinan PAS,” jelasnya.

Dalam pada itu, Khairuddin yang juga mantan Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS berkata, PAS boleh mendakwa bahawa mereka parti Islam, tetapi tidak wajar mendakwa hanya ia satu-satunya parti Islam, sekali gus menafikan keislaman orang lain.

“Islam bukan hanya milik PAS dan perjuangan politik Islam bukan hanya milik PAS. Islam dan perjuangan Islam adalah milik bersama semua umat Islam yang berpolitik memperjuangkan Islam menerusi parti politik. - Getaran, 27 Jun 2023.

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 16 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan