web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sasaran PH-BN Menang 50 Kerusi DUN Selangor Realistik - Amirudin Shari

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2023 5:40PM

Amirudin Shari berkata sasaran itu boleh dicapai dengan gabungan kekuatan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di negeri berkenaan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sasaran gabungan Kerajaan Perpaduan untuk memenangi sekurang-kurangnya 50 atau dua pertiga jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor pada Pilihan Raya Negeri akan datang adalah realistik dan mampu dicapai.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata sasaran itu boleh dicapai dengan gabungan kekuatan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di negeri berkenaan.

“Sasaran kita yang realistik adalah menang dua pertiga kerusi DUN Selangor namun jika campurkan pengundi PH dan BN, sasaran 50 kerusi itu mampu dilakukan serta dicapai.

“Ini adalah masa kita untuk meyakinkan akar umbi kedua-dua pihak untuk bekerjasama dan memastikan kemenangan gabungan luar biasa untuk menjamin kestabilan serta kemakmuran di Selangor,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakyat di Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Cheras hari ini.

Beliau menjawab dakwaan dan pandangan pemerhati politik serta pembangkang yang menyifatkan sasaran PH dan BN untuk menang 50 daripada 56 kerusi DUN di Selangor sebagai tidak realistik.

DUN Selangor bagi penggal ke-14 secara rasminya dibubarkan hari ini, dua hari lebih awal berbanding tempoh mandat rakyat berakhir iaitu pada 25 Jun.

Pembubaran itu selaras dengan pengumuman Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani pada Isnin lepas setelah mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

DUN Kelantan Lulus Usul Gubal Semula Kesalahan Syariah Diisytihar Batal, Tidak Sah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Istiadat Penghormatan Negeri, Pengebumian Abdul Taib Hari Ini

3

Semasa 2 tahun yang lalu

PRK Jepak: Proses Pengundian Berjalan Lancar - Pengerusi SPR

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PRK Jepak: Cuaca Pagi Esok Diramal Cerah, Ribut Petir Sebelah Petang

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 14 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad