web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


UMNO Akan Sentiasa Menjadi Parti 'Tua' Jika Masih Berhalusinasi - Hasni

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2023 9:39AM

Hasni ketika menyertai forum bertajuk ‘Governing in the Shadow of UMNO’s Long Rule: Anwar Ibrahim’s Formula and Prospects for Reform’ yang dikendalikan Dr Lee Hwok Aun mewakili ISEAS-Yusof Ishak dan Dr Kai Ostwald dari Sekolah Dasar Awam dan Hal Ehwal Global, Universiti British Columbia. - Gambar ihsan ISEAS - Yusof Ishak Institute

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - UMNO sukar mendapatkan semula kepercayaan orang Melayu pada masa hadapan sekiranya masih terus berhalusinasi dalam melakukan reformasi.

Keadaan sama juga akan menimpa parti itu jika barisan kepimpinan gagal memberi penjelasan terhadap pembaharuan yang mahu dilaksanakan.

Menjelaskan perkara ini, mantan Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, pemimpin serta akar umbi UMNO seharusnya mempamerkan sikap positif agar harapan rakyat yang mahu kestabilan politik dicapai mampu direalisasikan. 

Menurut beliau, parti itu harus menjadikan kebebasan bersuara sebagai sumber kekuatan dan terbuka menerima kritikan, bukan menganggap ia sebagai ancaman atau kelemahan.

"UMNO bukan lagi ‘grand’ sebaliknya sebuah parti ‘tua’ khusus bagi orang Melayu. Sehubungan itu, parti atau Barisan Nasional (BN) harus terus menyokong kestabilan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, terutamanya dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

"Walaupun UMNO tidak memperoleh kemenangan besar dalam PRN, Kerajaan Perpaduan tidak seharusnya dilihat sebagai ancaman ketidakstabilan. Sebaliknya, kepimpinan parti kita yang akan berhadapan dengan penelitian berat,” katanya meenerusi hantaran di Facebook.

Hasni menyatakan demikian sebagai dapatan daripada forum anjuran ISEAS-Yusof Ishak Institute, Singapura yang dihadirinya.

Forum bertajuk ‘Governing in the Shadow of UMNO’s Long Rule: Anwar Ibrahim’s Formula and Prospects for Reform’ itu dikendalikan Dr Lee Hwok Aun mewakili ISEAS-Yusof Ishak dan Dr Kai Ostwald dari Sekolah Dasar Awam dan Hal Ehwal Global, Universiti British Columbia.

Mengulas lanjut beliau berkata, Perdana Menteri harus bertindak sebagai 'penstabil’ dalam menghadapi pelbagai cabaran berbangkit, khususnya perkara yang mampu menggugat kestabilan kerajaan. 

Jelas Ahli Parlimen Simpang Renggam  itu, peranan institusi Diraja, khususnya Yang di-Pertuan Agong, akan sentiasa diperlukan untuk menyemai kepastian dan kestabilan dalam realiti politik baharu Malaysia.

"Konsep Malaysia Madani digembar-gemburkan oleh Kerajaan Perpaduan tidak datang dengan hala tuju ekonomi dan sosial yang sangat diperlukan untuk Malaysia, dalam menyelesaikan pelbagai isu. 

"Antaranya adalah keperluan kerajaan mencari penyelesaian untuk ringgit yang semakin lemah, subsidi melambung dan bil import yang ditanggung kerajaan," katanya. - Getaran, 23 Jun 2023. 








 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 15 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Politik 19 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad