web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pertemuan Khairy, Muhyiddin Cetus Tanda Tanya

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2023 9:48PM

Pertemuan antara Muhyiddin (kiri) dan Khairy telah mencetuskan spekulasi terutama mengenai penyertaan Khairy dalam parti BERSATU. - Gambar dari Instagram Khairy Jamaluddin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Mantan Ketua Pemuda UMNO yang dipecat, Khairy Jamaluddin dan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan yang dinanti-nantikan, tetapi masih belum jelas sama ada beliau akan menerima tawaran menyertai BERSATU.

Khairy yang juga mantan Menteri Kesihatan menyiarkan gambar dirinya bersama Presiden BERSATU itu di InstaStorynya awal hari ini tetapi tanpa sebarang penjelasan.

Menurut Berita Harian, yang memetik Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Razali Idris, mesyuarat itu diadakan di kediaman Ketua Perikatan Nasional (PN) tersebut.

Razali juga berkata, parti itu akan membenarkan Khairy dan Muhyiddin membuat pengumuman masing-masing, tetapi mengesahkan mantan pemimpin UMNO itu tidak akan membentuk parti baharu.

Spekulasi mengenai Khairy menyertai gabungan lain menjadi topik hangat sejak beliau dipecat daripada UMNO pada Januari.

Muhyiddin mengesahkan pada Sabtu lalu bahawa beliau akan bertemu Khairy hari ini. 

Terdapat spekulasi bahawa Khairy akan ditawarkan jawatan kepimpinan dalam PN untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang, sama ada di Selangor atau Negeri Sembilan, di mana beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Rembau sebelum ini.

Muhyiddin, yang juga Ahli Parlimen Pagoh, membuat tawaran awal untuk Khairy bertanding pada PRN atas tiket BERSATU.

Khairy dipecat daripada UMNO kerana melanggar disiplin parti semasa Pilihan Raya Umum (PRU) tahun lepas. 

Beliau mengkritik Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengatakan parti itu telah "sesat".

Katanya, beliau sedang mempertimbangkan pilihannya tetapi setakat ini nampaknya tiada sebarang keputusan dibuat. – The Vibes, 19 Jun 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad