web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN: Sultan Selangor Titah Calon Tidak Main Isu Agama, Perkauman

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2023 2:35PM

Hari ini genap lima tahun sejak pentadbiran kerajaan Selangor ditubuhkan, selain genap ulang tahun kelima Amirudin Shari menjalankan amanah sebagai Menteri Besar - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah agar calon tidak memainkan isu berkait dengan agama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan di negeri berkenaan.

Memaklumkan perkara itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, baginda turut menitahkan supaya calon mengelak daripada menyentuh isu perkauman dan perkara sensitif yang boleh merosakkan keharmonian dan perpaduan dibina lama dalam kalangan rakyat negeri itu.

“Saya menjunjung kasih titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, agar calon PRN Selangor tidak memainkan isu berkait dengan agama, perkauman, dan perkara sensitif yang boleh merosakkan keharmonian serta perpaduan yang sudah lama dibina dalam kalangan rakyat Selangor,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Amirudin berkata, pada 15 Jun lalu, dengan menggalas tugas sebagai Menteri Besar Selangor, selaras Perkara LV Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 yang dibaca bersama Perkara LXX Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, beliau memohon menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Ujarnya, ia adalah bagi tujuan mohon perkenan baginda supaya Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Ke-14 dibubarkan pada 23 Jun ini.

Justeru, beliau berkata, hari ini dengan genapnya lima tahun sejak pentadbiran kerajaan Selangor ditubuhkan, selain genap ulang tahun kelima menjalankan amanah sebagai Menteri Besar, iaitu pada 19 Jun 2018.

“Pada jam 10 pagi ini, Sultan Selangor memberi perkenan dan menandatangani Proklamasi Pembubaran Dewan Negeri Selangor Ke-14 yang akan berkuatkuasa Jumaat, 23 Jun, selaras dengan peruntukan dalam Fasal (2) Perkara LXX, Bahagian Kedua, Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

“Ini akan membolehkan Speaker Dewan Negeri Selangor untuk memaklumkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kemudian memberi ruang kepada PRN Selangor,” katanya.

Sementara itu, Amirudin berkata, Sultan Selangor menitahkan bahawa baginda akan berangkat menunaikan fardu haji pada 20 Jun ini.

“Patik mewakili sekalian rakyat Selangor mendoakan agar Tuanku dianugerahkan haji mabrur dan dipermudahkan segala urusan serta semoga Allah SWT terus menganugerahkan Tuanku keafiatan, keberkatan dan kesejahteraan,” katanya.

Getaran hari ini melaporkan, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenan supaya Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dibubar berkuat kuasa 23 Jun ini, bagi memberi laluan kepada PRN.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani.

Istiadat berhubung perkenan dan pengumuman itu disempurnakan di Balai Dewan Diraja, Istana Alam Shah, Klang dalam satu istiadat ringkas sebentar tadi.

Selain Selangor, lima negeri yang akan mengadakan PRN adalah Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang dan Kedah.

Baginda turut berkenan menandatangani proklamasi pembubaran DUN Selangor.

Turut berangkat pada istiadat itu Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Haris Kasim; Speakar DUN Selangor Ng Suee Lim dan barisan Ahli Dewan Diraja Selangor. – Getaran, 19 Jun 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi