Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pendedahan Raja Petra ‘Alat’ Lemahkan Semangat, Sokongan Melayu Terhadap Tun M?

Politik Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2023 7:14AM

Menurut pakar politik, maklumat atau sumber yang diperoleh Raja Petra kebiasaannya dibekalkan oleh pelbagai pihak, khususnya ahli politik yang tidak sehaluan atau ‘anti’ Dr Mahathir Mohamad - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pendedahan Raja Petra Kamarudin mengenai dakwaan aset UMNO RM100 bilion lesap dilihat sebagai salah satu usaha untuk melemahkan semangat dan sokongan orang Melayu terhadap mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Jamaie Hamil berkata, dakwaan tersebut yang turut mengaitkan dua mantan Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop juga seolah-olah menunjukkan pengendali laman blog MalaysiaToday itu menjadi ejen atau alat politik pihak tertentu.

Menurutnya, maklumat atau sumber yang diperoleh Raja Petra kebiasaannya dibekalkan oleh pelbagai pihak, khususnya ahli politik yang tidak sehaluan atau ‘anti’ mantan Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) itu.

“Raja Petra merupakan individu paling berani mendedahkan sesuatu isu berprofil tinggi. Sama ada itu kelebihan dirinya atau sekadar manfaat diperoleh daripada pihak tertentu untuk melemahkan sokongan terhadap Dr Mahathir yang ketika ini cuba menjadi ‘hero’ dalam perjuangan orang Melayu.

“Bagaimanapun, kebiasaannya maklumat yang diterima itu diberikan oleh orang politik, pihak lawan, atau pihak tidak bersama blok Dr Mahathir. Ia secara tidak langsung perbuatan konspirasi. Namun Raja Petra hanyalah ejen atau alat politik,” katanya kepada Getaran.

Pakar politik berpendapat bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu mengambil tindakan terhadap isu berkenaan sekiranya terdapat laporan dan bukti kukuh mengenainya - Gambar Fail
Pakar politik berpendapat bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu mengambil tindakan terhadap isu berkenaan sekiranya terdapat laporan dan bukti kukuh mengenainya - Gambar Fail

Susulan itu, Jamaie berpandangan terdapat keperluan untuk ketiga-tiga pemimpin terbabit memberi penjelasan berhubung dakwaan tersebut agar rakyat, khususnya akar umbi UMNO dapat mengetahui perkara sebenar.

“Perkara itu membabitkan isu dalaman parti. Ia macam satu realiti kerana ketika itu Tun Daim bukan sahaja Menteri Kewangan tetapi memegang jawatan sebagai Bendahari Agung UMNO.

“Berkemungkinan, di pihak UMNO, khususnya kepimpinan bawahan ingin mengetahui adakah tuduhan itu benar atau tidak. Jadi, mereka wajar memberi penjelasan atau menafikan jika ia dakwaan palsu,” katanya.

Mengulas lanjut, Jamaie berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu mengambil tindakan terhadap isu berkenaan sekiranya terdapat laporan dan bukti kukuh mengenainya.

Bagaimanapun, katanya, tindakan membongkarkan isu itu ketika ini sudah tidak relevan kerana ia akan mewujudkan suasana ‘politicking’ dan membuang masa kerajaan kerana menyelesaikan kes lama berbanding memulihkan keadaan ekonomi yang membebankan rakyat.

“Misal kata ada asas kukuh untuk disiasat, saya tak tolak kemungkinan SPRM akan siasat dan polis akan bertindak setelah menerima laporan. Namun memandangkan isu lama, ia tidak relevan untuk dibongkar walaupun kita mahu menyelesaikan masalah rasuah sehingga ke akar umbi.

“Ketika ini, negara memerlukan ekonomi mampan, keadaan masyarakat lebih harmoni dan kestabilan politik. Memang kita mahu banteras rasuah, tetapi biarlah sifatnya yang boleh menjejaskan negara di masa hadapan. Kita perlu ‘move on’,” katanya.

Beberapa hari lalu, Raja Petra menerusi satu klip video mendakwa Dr Mahathir, Daim dan Nor Mohamed kononnya bertelagah berhubung kehilangan aset UMNO yang bernilai kira-kira RM100 billion.

Beliau mendakwa, aset itu termasuk wang tunai yang kini didakwa hanya berbaki sekitar RM500 juta.

Dakwanya lagi, isu aset milik UMNO bukanlah rahsia, malah banyak buku mendedahkan mengenai aset serta pelaburan UMNO, apatah lagi dengan surat terbuka tokoh korporat terkemuka, Tan Sri Halim Saad kepada Dr Mahathir berhubung aset dan pelaburan UMNO yang diurusnya sebelum ini.

Bagaimanapun,  tindakan membongkarkan isu itu ketika ini sudah tidak relevan kerana ia akan mewujudkan suasana ‘politicking’ dan membuang masa kerajaan kerana menyelesaikan kes lama berbanding memulihkan keadaan ekonomi yang membebankan rakyat - Gambar hiasan
Bagaimanapun, tindakan membongkarkan isu itu ketika ini sudah tidak relevan kerana ia akan mewujudkan suasana ‘politicking’ dan membuang masa kerajaan kerana menyelesaikan kes lama berbanding memulihkan keadaan ekonomi yang membebankan rakyat - Gambar hiasan

Sementara itu, Setiausaha Agung Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub turut menggesa Dr Mahathir dan dua mantan Menteri Kewangan itu untuk tampil memberi penjelasan secara terbuka kepada orang ramai berhubung dakwaan tersebut.

Beliau berkata, dakwaan tersebut amat serius kerana ia melibatkan kehilangan dana besar serta membabitkan kepentingan awam.

“Dakwaan Raja Petra ini sesuatu yang serius, justeru memerlukan penjelasan tiga bekas pemimpin UMNO ini kerana ia berlaku ketika era Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri.

“Jika dakwaan itu benar, ia bukan satu perkara biasa kerana jumlah nilai aset diambil begitu banyak. Jadi, pihak berkuasa berkaitan, khususnya SPRM wajar menyiasat dakwaan tersebut,” katanya.

Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri keempat dan paling lama berkhidmat bermula 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003.

Bagaimanapun pada 2016, beliau muncul kembali di pentas politik apabila menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) untuk menyaingi Barisan Nasional (BN).

Pada 2018, BERSATU bersama parti sekutunya melalui gabungan Pakatan Harapan (PH), memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dan pada usia 93 tahun, Dr Mahathir kembali menerajui negara sebagai Perdana Menteri ketujuh.

Mustapha Yaakub turut menggesa Dr Mahathir dan dua mantan Menteri Kewangan itu untuk tampil memberi penjelasan secara terbuka kepada orang ramai berhubung dakwaan tersebut - Gambar Fail
Mustapha Yaakub turut menggesa Dr Mahathir dan dua mantan Menteri Kewangan itu untuk tampil memberi penjelasan secara terbuka kepada orang ramai berhubung dakwaan tersebut - Gambar Fail

Daim pula menjadi Bendahari Agung UMNO antara 1984 hingga 1999 dan juga Bendahari BN.

Beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan pada Julai 1984 oleh Dr Mahathir sebelum melepaskan jawatan itu pada 15 Mac 1991.

Pada 1998, Daim kembali sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas bagi menangani krisis ekonomi negara yang semakin memuncak.

Beliau kemudiannya dilantik semula sebagai Menteri Kewangan selepas penyandang jawatan itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada Kabinet.

Beliau kemudian meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan pada 31 Mei 2001.

Nor Mohamed pula pernah berkhidmat di Bank Negara Malaysia (BNM) dari 1968 hingga 1994 sebelum dilantik oleh Dr Mahathir sebagai anggota jawatankuasa kecil menangani krisis ekonomi negara pada 1998.

Pada 15 Mei 2000, beliau dilantik sebagai penasihat khas ekonomi kepada Perdana Menteri dan dua tahun kemudian, dilantik sebagai Pengarah Khazanah Nasional sebelum menjadi Senator dan dilantik menjadi Menteri Kewangan II dari 2004 hingga 9 April 2009.

Nor Mohamed bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 atas tiket Barisan Nasional (BN) dan menang di kerusi Parlimen, Tasek Gelugor.

Susulan penstrukturan semula Kabinet pada April 2009, beliau dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri menerajui Unit Perancang Ekonomi dan Unit Kerjasama Awam dan Swasta sehingga 2013. - Getaran, 19 Jun 2023

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

Semasa 35 minit yang lalu

Kanak-kanak Perempuan Cedera Terjatuh Dari Tingkat 2 Pangsapuri

Semasa 15 jam yang lalu

Pengusaha Stesen Minyak Terima Ugutan Diminta Buat Laporan Polis - Saifuddin

Semasa 1 hari yang lalu

Nenek Meninggal Dunia Ditimpa Pokok Kekabu

oleh Rafisqi Radhi