web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


2 Kerusi DUN Selangor Belum Selesai Diagih - Amirudin

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2023 9:22PM

Amirudin ditemui media ketika hadir ke Sesi Walkabout Program Selangor Mega Job Fair 2023 di Pusat Konvensyen MBSA Seksyen 14 Shah Alam hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Tinggal dua lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang belum selesai pembahagiannya antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ia belum dimuktamad dan akan diserah kepada kepimpinan di peringkat pusat untuk keputusan selanjutnya dalam masa terdekat.

“Setakat ini, boleh dikatakan 95 peratus pembahagian kerusi telah selesai dan boleh mula bekerja pada bila-bila masa. 

“Sekarang ini, perbincangan (antara PH dan BN) juga sudah tamat dan baki membabitkan satu ke dua kerusi akan diserah kepada pimpinan peringkat pusat untuk dimuktamad,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Karnival Kerjaya Mega Selangor 2023 di sini hari ini. 

PRN Selangor membabitkan 56 DUN manakala negeri lain yang terlibat ialah Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Amirudin juga berkata Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) khas yang diadakan sejak Jumaat lepas adalah bagi memastikan beberapa perkara termasuk keputusan dasar dan pentadbiran dapat diselesaikan sebelum pembubaran DUN.

“Kita dah selesaikan majoriti isu yang tertunggak dan kini hanya tinggal 67 kertas kerja. Semasa kita ambil alih, saya ingat ada lebih 200 kes tertunggak yang tidak dimuktamad… (Ini) sebenarnya akan memberi kesan kepada dapatan hasil dan pergerakan terutama dalam hal pentadbiran serta ekonomi negeri. 

“Setidaknya keputusan dasar tanah atau hal berkaitan pembangunan yang dimohon pemaju dapat diselesaikan dan mereka boleh membayar premium... Sekurang-kurangnya, kita tidak akan terkesan sangat dari segi kutipan hasil,” katanya. 

Beliau berkata selepas Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018, Kerajaan Negeri Selangor hanya mencatatkan pendapatan sebanyak RM1.8 bilion sedangkan sasaran asal ialah RM2.4 bilion.

“Tujuan kita mempercepat semua urusan (dalam MMKN khas) kerana dalam tempoh berkempen, pembubaran (DUN) sehinggalah kerajaan baharu dibentuk, kita akan ada hampir dua bulan kosong (tiada kerajaan). Ia akan memberi kesan kepada pendapatan negeri,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Selangor Sambut Baik Cadangan Lokasi Hospital Awam PJ - Amirudin

2

Semasa 1 tahun yang lalu

RM40 Juta Untuk Baik Pulih Kediaman Terjejas Di Putra Heights - MB Selangor

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Kebakaran Saluran Gas: Kerugian Dianggarkan RM65.4 Juta - Amirudin

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kebakaran Saluran Gas Dipadam Sepenuhnya, 305 Mangsa Diselamatkan - Amirudin

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad