web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN: Rundingan Akhir Pembahagian Kerusi PH, BN Malam Ini

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2023 7:44PM

Rundingan itu akan dipengerusikan Rafizi Ramli bagi pihak PH manakala BN akan diketuai oleh Mohamad Hasan - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Rundingan akhir berkaitan pembahagian kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan berlangsung di Kuala Lumpur malam ini. 

Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli berkata rundingan itu akan dipengerusikan beliau sendiri bagi pihak PH manakala BN akan diketuai Timbalan Pengerusinya Datuk Seri Mohamad Hasan.

Menurut Rafizi rundingan berkenaan akan menumpukan kepada kesepakatan parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan bagi menetapkan agihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di enam negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu dan Kelantan.

"Kita (PKR) sudah ada semua calon kerusi dan memandangkan ini adalah pertama kali kita masuk PRN bersama parti lain dalam Kerajaan Perpaduan, kita akan muktamadkan kerusi itu melalui rundingan dahulu. 

Hasil rundingan malam ini akan dibawa ke peringkat pengerusi PH dan BN sebelum dimuktamadkan," katanya dalam sidang media selepas sesi Libat Urus Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) 2021-2025 bersama Menteri Ekonomi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Rafizi yang juga Menteri Ekonomi berkata selepas rundingan, tiga nama bakal calon akan disenarai pendek untuk setiap kerusi seterusnya akan dibincangkan dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rafizi berkata PKR membuka peluang kepada semua yang berminat menjadi calon pada PRN kali ini,  namun mereka perlu melalui tapisan yang ketat.

"Bagi parti lain, ia bergantung kepada kriteria masing-masing namun PKR, kita buka kepada yang beminat daripada peringkat cabang dan sayap."  - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Agenda Kestabilan, Ekonomi Dan Kebajikan Rakyat Kekal Teras Utama Kerajaan Perpaduan - Pemimpin PH

2

Politik 1 tahun yang lalu

YB Awie Ikrar Berkhidmat Tanpa Kira Warna Politik

3

Politik 1 tahun yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

4

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Sungai Bakap: ‘Pengundi Muda Tolong Keluar Mengundi’ - PH

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 13 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad