web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bubar DUN : Amirudin Menghadap Sebelum Sultan Berangkat Ke Mekkah

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2023 4:01PM

Amirudin Shari bagaimanapun berkata beliau belum menerima tarikh untuk menghadap baginda - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari akan menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, bagi mendapat perkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, sebelum baginda berangkat ke Tanah Suci.

Amirudin bagaimanapun berkata beliau belum menerima tarikh untuk menghadap baginda.

“Kalau tak sempat (menghadap), saya akan pergi ke Madinah (menghadap di sana), tetapi kita cuba elakkanlah. Maknanya kita akan cuba menghadap sebelum tarikh Tuanku berangkat ke Tanah Suci,” katanya kepada media selepas hadir Forum Selangor Mobility, di sini hari ini.

Sultan Selangor dan Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin, dijadual berangkat ke Tanah Suci minggu hadapan bagi menunaikan ibadah Haji.

Pembubaran DUN Selangor adalah bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.

Dalam perkembangan lain, Amirudin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor berkata rundingan pembahagian tiga lagi kerusi DUN di antara PH dan Barisan Nasional (BN) akan dilakukan hari ini atau esok.

Tanpa menyebut DUN tiga kerusi berkenaan, Amirudin berkata perbincangan akan memberi peluang yang sama adil kepada semua rakan kongsi dan yang diutamakan ialah strategi untuk menang.

“Masing-masing perlu berbesar hati untuk melihat ‘winnability’, bagi mendapat majoriti mudah atau majoriti yang selesa yang terbaik,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar