web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Apa Sebab Nak Merayu, Kita Tak Tahu Kenapa Dipecat, Digantung' - KJ, Shahril

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2023 7:03AM

Khairy (kiri) dan Shahril pada program bual bicara Keluar Sekejap yang dihoskannya bersama Shahril. - Tangkap layar dari video Youtube

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan yang masing-masing dipecat serta digantung keahlian daripada UMNO sejak Januari lalu, mempersoalkan mengapa mereka perlu merayu untuk kembali semula ke parti berkenaan, seperti ditawarkan Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Mantan Ahli Parlimen Rembau dan bekas Ketua Penerangan UMNO terbabit mendakwa, ia kerana tindakan disiplin dikenakan itu tidak mengikut proses sewajarnya, sehingga mereka tidak mengetahui kesalahan sebenar dilakukan.

Ahmad Zahid pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 lalu memaklumkan bahawa UMNO sentiasa terbuka menerima kembali ahlinya yang sebelum ini digantung atau dipecat. - Gambar fail
Ahmad Zahid pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 lalu memaklumkan bahawa UMNO sentiasa terbuka menerima kembali ahlinya yang sebelum ini digantung atau dipecat. - Gambar fail

Tegas Khairy, beliau turut bersetuju dengan kenyataan mantan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan bekas Ketua Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang berhubung isu terbabit, selepas kesemua mereka menerima ‘tawaran’ daripada Ahmad Zahid untuk menyertainya semula, dengan syarat menunjukkan kesetiaan serta membuat rayuan kepada parti.

“Jadi ada pandangan, contohnya daripada Ketua Pemuda, Dr Muhamad Akmal Saleh, selain pembahas di Sabah dan Johor pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) minggu lalu, meminta parti ‘memujuk’ ahli dipecat serta digantung, kembali balik kepada UMNO.

“Saya setuju dengan kenyataan Datuk Seri Hishammuddin dan Datuk Maulizan yang mempersoalkan rayuan yang perlu dibuat, termasuk daripada orang macam saya dengan Shahril.

“Kita nak merayu apa sebab kita tak tahu apa tindakan kita buat yang melayakkan kita dipecat dan digantung, mengarut, macam Datuk Seri Hishammuddin kata, tak pernah dibawa ke Lembaga Disiplin, tak ada proses, jadi kita nak merayu apa, kita pun tak tahu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program bual bicara Keluar Sekejap yang dihoskannya bersama Shahril.

Khairy berkata, walaupun cukup menghargai pandangan dikemukakan Dr Muhamad Akmal dan beberapa perwakilan terbabit, beliau menegaskan bahawa sebaiknya kedua-dua pihak, iaitu parti serta mereka yang dipecat dan digantung itu, ‘meneruskan kehidupan’.

“There’s no point (tiada makna) nak minta kita merayu tanpa sebab, jika kena melutut untuk merayu perkara yang kita tak tahu apa salah kita, saya tak akan merayu,” katanya.

Shahril berkata, walaupun kasih sayangnya kepada rakan-rakan dalam UMNO tidak pernah pudar, namun situasi dihadapinya membuatkan beliau masih enggan kembali ke parti.

Menganggap tindakan pemecatan dan penggantungan itu umpama ‘nasi sudah menjadi bubur’, beliau tetap dengan pendirian akan menerima keputusan dibuat Ahmad Zahid, tanpa merayu.

Ujarnya, beliau tidak bersikap ego atau mempunyai masalah peribadi dengan Ahmad Zahid, sebaliknya menerima keputusan dibuat pada awal tahun itu.

“Pada saya macam inilah, anda tidak boleh kembalikan apa yang dah lepas, apa yang sudah berlaku, dah dilakukan, that’s it (itu sahaja). Datuk Ahmad Zahid pun dah buat keputusan beliau itu dan saya nak sebut kat sini secara rendah diri yang buat keputusan itu, adalah Datuk Ahmad Zahid, keputusan presiden.

“Saya tak ada apa-apa personal against (personal terhadap) presiden, saya beritahu apa saya rasa perlu untuk UMNO terus ke depan, beliau tak menerima dan gantung saya atas nasihat orang tertentu, so its ok for me just carry on (jadi ia ok sahaja bagi saya, cuma teruskan). Presiden boleh buat apa beliau rasa terbaik untuk parti, tapi kalau harapannya adalah untuk kita kena mencontohi Lokman Adam, barulah kita boleh diterima semula, kalau itulah yang dianggap sebagai benda baik untuk kita masuk balik (UMNO), saya rasa tak apalah.

“Kita duduk kat luar dan teruskanlah dengan apa yang presiden dan juga kepimpinan UMNO rasa terbaik, saya tak sombong, tapi for me u cannot (bagi saya anda tak boleh) ubah semula apa dah berlaku dan kalau mereka (segelintir) nak kita move on, kita move on secara diam dan terhormat,” katanya.

Shahril Hamdan
Shahril Hamdan

Mengulas lanjut, Shahril berkata, pintu hatinya untuk kembali ke UMNO sudah tertutup buat sementara, namun bukanlah selama-lamanya.

“Kita bukan ego, tapi saya pun tak boleh lah, buang saya lepas tu kutip balik, tak bolehlah, jadi bagi saya rumusannya pintu itu tidaklah tertutup selama-lamanya, tetapi buat masa sekarang dengan keadaan macam ini dan cara disebut itu, tidak boleh (kembali).

“Saya pun tak nak bagi pening pada presiden sebab separuh daripada orang yang bercakap pun tak nak kita balik kan, tiada personal, tapi bukan sekarang, mungkin satu masa nanti pada masa depan, kita tengok,” katanya.

Pada 27 Januari lalu, UMNO memecat keahlian Khairy dan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu, Tan Sri Noh Omar kerana didakwa melanggar disiplin parti sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), November tahun lalu.

Malah, ia menggantung keahlian Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong; Shahril; Datuk Maulizan dan Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Shariff.

Lima ahli UMNO bahagian Pasir Gudang dipecat, manakala ahli di Bahagian Putrajaya dikenakan pemecatan adalah sembilan, Bahagian Tanjung Karang (2) dan UMNO Pahang (26).

Ketika ucapannya di PAU pada 10 Jun lalu, Ahmad Zahid berkata, UMNO bersedia menerima mantan pemimpin yang dikenakan tindakan gantung keahlian atau dipecat untuk kembali menyertai parti berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, golongan itu perlu terlebih dahulu membuktikan kesetiaan kepada UMNO, termasuk tidak menghentam parti dari luar serta menjadi gunting dalam lipatan.

Dalam reaksi beliau kepada kenyataan Ahmad Zahid itu, Hishammuddin mempertikaikannya kerana sangsi dengan keikhlasan jemputan terbabit.

Undangan semula Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, katanya, tidak masuk akal.

Lebih pelik, katanya, sehingga kini, beliau masih tidak pasti apa punca sebenarnya tindakan itu dilakukan terhadapnya. – Getaran, 14 Jun 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar