web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Presiden Tak Ikhlas, Undangan Terima Ahli UMNO Digantung, Dipecat Tak Masuk Akal

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2023 6:59PM

Hishammuddin Hussein berpandangan, undangan itu dilihat canggung kerana sehingga hari ini, beliau masih tidak pasti apa punca yang menyebabkan dirinya berdepan penggantungan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jemputan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk ahli yang dipecat dan digantung menyertai semula parti itu dianggap sebagai tidak masuk akal. 

Mantan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berpandangan, undangan itu dilihat canggung kerana sehingga hari ini,  beliau masih tidak pasti apa punca yang menyebabkan dirinya berdepan penggantungan.

"Yang saya tahu, dia kata kita kena mohon diterima semula. Kedua, kena bawa ke Jawatankuasa Disiplin tetapi bagi saya, sampai hari ini saya tak tahu sebab digantung.

"Masa saya digantung dulu, Jawatankuasa Disiplin UMNO tak pernah panggil untuk siasatan dan untuk jawab. Jadi saya pun tak tahu sama ada yang diluahkan baru-baru ini ikhlas atau tak.

"Tapi saya tak tengok apa sebab saya kena letak nasib saya ke Jawatankuasa Disiplin yang Majlis Kerja Tertinggi (MKT) telah gantung saya tanpa dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin. Tak masuk akal,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Dewan Rakyat di sini  hari ini. 

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ahmad Zahid pada Perhimpunan Agung UMNO 2023 (PAU 2023) yang mempelawa bekas ahli UMNO itu kembali menyertai parti.

Ahmad Zahid berkata, MKT UMNO bersifat terbuka dan menerima asaranan perwakilan untuk menerima kembali ahli yang telah dikenakan tindakan disiplin, sama ada dipecat ataupun digantung oleh parti.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid berkata, UMNO mempunyai Perlembagaan dan juga peraturan yang perlu dipatuhi sebelum menerima semula kumpulan berkenaan.

Sehubungan itu, Hishamuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong menegaskan, jika UMNO benar memerlukan khidmat ahli yang digantung dan dipecat, sindiran kepada mereka perlu dihentikan, malah tawaran juga perlu diberi tanpa syarat.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan, terserah kepada ahli yang dipecat atau digantung untuk menerima atau tidak undangan daripada Ahmad Zahid itu.

"Tak masuk akal, bagi saya, apa yang dicadangkan pun respon serta luahan daripada bawah (akar umbi). Orang nak kita diterima balik tapi itu serah kepada mereka.

"Bagi saya dan kawan-kawan yang digantung dan dipecat ini, tiada rugi, kita dah digantung. Jadi kalau betul dia perlukan khidmat kita, sindiran, tawaran yang bersyarat bagi saya tak membawa apa apa makna,” katanya. 

Sebelum ini, UMNO membuat ‘pembersihan’ apabila menggantung dan memecat beberapa pemimpin parti.

Mantan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dipecat  manakala mereka yang digantung selain Hishamuddin adalah mantan Ahli MKT, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman; mantan Ketua Penerangan, Shahril Sufian Hamdan dan mantan Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar. -Getaran, 12 Jun 2023

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 2 jam yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad