web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Perbetulkan Konsep 'Jemaah Islam PAS', Jika Tidak Muslim Semakin Berpecah

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2023 8:27PM

Mohd Khairuddin berkata amat mengecewakan apabila ahli PAS akan ditarbiyah untuk menerima bahawa PAS adalah satu-satunya jemaah Islam di Malaysia dan 'mencipta' persepsi serong pada rakyat Islam yang tidak menyertai parti itu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Salah faham terhadap konsep ‘jemaah Islam’ dalam kalangan ahli serta akar umbi PAS mesti dibetulkan kerana ia adalah penyelewengan terhadap maksud hadis sahih.

Mantan Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, perbuatan itu memberi kesan besar kepada sikap taksub dalam berparti sehingga memutuskan persaudaraan dan memecahkan umat Islam di Malaysia. 

Menurut beliau, amat mengecewakan apabila ahlinya akan ditarbiyah untuk menerima bahawa PAS adalah satu-satunya jemaah Islam di Malaysia dan 'mencipta' persepsi serong pada rakyat Islam yang tidak menyertai parti itu.

Mohd Khairuddin Aman Razali - Gambar fail
Mohd Khairuddin Aman Razali - Gambar fail

"Sedangkan kefahaman salah ini menjadi sebab berpecah jemaah Muslimin di Malaysia. Umat Islam yang sepatutnya berpadu dalam jemaah muslimin besar dipecahkan untuk berada dalam kumpulan Islam yang kecil bermula dengan penyelewengan maksud Hadis Sahih.

"Penyelewengan kefahaman inilah melahirkan budaya kafir mengkafir di Terengganu. Ia punca ahli PAS tidak solat di masjid kerajaan lalu membina (masjid) sendiri. 

"Mereka juga hanya akan solat Jumaat di masjid PAS sahaja. Inilah punca solat dua imam, akad nikah diwalikan oleh ahli UMNO tidak sah malah sembelihan dari parti itu juga tidak sah," katanya menerusi kenyataan di Facebook miliknya, hari ini.

Hakikat sebenarnya, Mohd Khairuddin yang juga Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama UMNO berkata, PAS bukannya jemaah Islam sebagaimana disebut dalam Hadis Sahih Bukhari Muslim riwayat Huzaifah Yaman.

Jelasnya, PAS di Malaysia hanyalah kumpulan kecil daripada jemaah umat Islam yang besar diketuai oleh seorang ketua negara Islam dan Yang di-Pertuan Agong. 

"Itulah tafsiran yang benar bagi maksud hadis 'kamu perlu berpegang dengan jemaah Muslim dan Imam mereka'. Namun, kerana salah faham tafsiran dibuat oleh pimpinannya sejak berzaman melahirkan ketaksuban pada parti dan jemaah kecil PAS. 

"Dalam sejarah PAS, pengasasnya, Fuad Hasan; mantan Presiden PAS, Datuk Asri Muda, mantan Timbalan Presidennya, Hasan Adli dan pengasas PAS Kelantan, Amaludin Darus meninggalkan parti. Mereka semua dituduh keluar daripada jamaah Islam,” katanya. 

Mohd Khairuddin berkata, PAS  telah berundur jauh di saat gerakan Islam lain di seluruh dunia menerima kepelbagai jemaah kecil dan parti politik yang memperjuangkan Islam sebagai cara hidup.

"Keluar dan masuk parti lain serta menubuhkan parti baru adalah fenomena gerakan dakwah di pelbagai negara Islam lain tetapi ia tidak diiktiraf oleh PAS kerana mereka mendakwa hanya parti itu yang memperjuangkan Islam di Malaysia.

"Besarnya kesan pada umat bermula dengan penyelewengan terhadap maksud hadis Rasulullah. Saya tidak salahkan ahli PAS yang tidak mendalami Islam dan tidak mampu merujuk kepada syarah hadis tetapi saya menyalah Alim Ulama parti kerana hadisnya tidak dihurai seperti yang dilakukan Imam Nawawi dalam Syarah Minhaj," katanya. - Getaran, 11 Jun 2023. 




 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 3 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar