web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Zahid Mengkarung Politik Sebenar, PAS Komited Bawa Agenda Perpaduan Ummah

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2023 7:52PM

Ahmad Zahid menggunakan istilah mengkarung politik untuk menggambarkan perbezaan UMNO dengan sebuah lagi parti yang menggunakan Islam sebagai label perjuangan ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 di WTC semalam. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - PAS menyifatkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai political chameleon atau mengkarung politik sebenar kerana merelakan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), khususnya DAP.

Ketua Penerangannya, Khairil Nizam Khirudin berkata, ia berbeza dengan PAS yang tetap teguh mempertahan, memperjuangkan kedaulatan Islam dan Melayu berasaskan kepada keluhuran Perlembagaan dan perpaduan ummah.

Khairil Nizam Khirudin - Gambar fail
Khairil Nizam Khirudin - Gambar fail

“Kombinasi Perikatan Nasional (PN) dan perpaduan ummah adalah adalah alternatif terbaik berbanding PH-UMNO yang didominasi oleh DAP dan diikat dengan penipuan luar tabi’e (No DAP, No Anwar) yang dicanangkan pemimpin 'political chameleon' sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Malah perjuangan PAS dari dulu tetap teguh selaras dengan apa yang diusahakan Presiden, Tan Sri Abdul Hadi Awang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Ahmad Zahid menggunakan istilah mengkarung politik untuk menggambarkan perbezaan UMNO dengan sebuah lagi parti yang menggunakan Islam sebagai label perjuangan.

Tanpa menyebut secara khusus nama parti dimaksudkannya itu, Presiden UMNO menyifatkan parti itu sebagai mengkarung politik sebenar kerana sanggup memperdagangkan ayat Allah dan berselindung di sebalik kepentingan politik sempit mereka.

“Mereka adalah mengkarung politik yang bukan sahaja berubah warna dan wajah, tetapi lebih dahsyat parti ini seolah-olah menjadi pemegang neraca di 'yaumul mahsyar' (hari penentuan)...Nauzubillah,” katanya.

Mengulas lanjut, Khairil Nizam yang juga Ahli Parlimen Jerantut berkata, PAS berpegang teguh pada pendekatan politik secara aman, matang dan sejahtera serta tegas menolak sebarang pencabulan terhadap kesucian Islam dan Perlembagaan Persekutuan.

“PAS dan PN akan terus membawa agenda perpaduan ummah berteraskan kepada Perlembagaan Persekutuan sebagai satu formula ampuh kestabilan politik dan pentadbiran negara.

“Perpaduan ummah dan integrasi nasional adalah kunci kestabilan pemerintahan serta politik negara kerana majoriti rakyat Malaysia adalah Melayu,” katanya.

Ujarnya lagi, kestabilan sudah terbukti apabila kumpulan majoriti menerajui pemerintahan dan menjaga hak kaum lain dalam masa yang sama. – Getaran, 10 Jun 2023


 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 10 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 10 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad