web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Muhyiddin Kawan Semula Tun M, Ini Mesti Sebab Wang - Puad

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2023 9:22PM

Dr Mahathir Mohamad (kiri) dan Muhyiddin Yassin. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Faktor wang dilihat sebagai pendorong yang mungkin menyebabkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin ‘berkawan’ semula dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan, tiada yang pelik apabila Muhyiddin menyatakan kesediaan untuk menjalinkan kembali kerjasama dengan Dr Mahathir, walaupun bekas Ahli Parlimen Langkawi itu ketika ini tidak bersama dengan sebarang parti politik. 

Dr Mohd Puad Zarkashi - Gambar fail
Dr Mohd Puad Zarkashi - Gambar fail

"Tidak pelik pun, Muhyiddin sedia bekerjasama lagi dengan Dr Mahathir walaupun dia tidak berparti. 

"Muhyiddin berkawan semula dengan Tun M mungkin kerana faktor wang. Beliau masih banyak duit dan banyak sumber.

"Kita tengok bagaimana PN bersedekah masa pilihan raya negeri  (PRN) nanti," katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini. 

Jelas Mohd Puad, PN dikatakan berbelanja mewah semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan PAS juga tidak ketinggalan  ‘tumpang semangkuk’.

Namun beliau mempersoalkan sama ada PN mampu menang pada enam PRN tanpa ‘sedekah mega’ memandangkan akaun BERSATU telah dibekukan.

“Bolehkah PN menang tanpa sedekah mega. Sebab itu Muhyiddin kena ‘kowtow’ Tun Mahathir,” katanya.

Terdahulu, Muhyiddin berkata, beliau sedia bekerjasama dengan Dr Mahathir demi memperjuangkan nasib orang Melayu dan Islam.

Ia selepas mantan Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) itu terlebih dahulu menyatakan kesediaan untuk bekerjasama semula dengan bekas sekutunya itu.

Tegas Ahli Parlimen Pagoh tersebut, kesediaannya didorong oleh perkembangan politik mutakhir ini, yang dilihat meletakkan umat Melayu dan Islam tempatan di suatu persimpangan getir. 

Sebelum ini, media melaporkan Dr Mahathir mengakui beliau bersedia bekerjasama dengan Muhyiddin sekiranya kedua-dua pihak dapat mencapai matlamat yang sama.

Dr Mahathir dilaporkan berkata, usaha untuk memperjuangkan nasib orang Melayu perlu dijadikan matlamat utama selain menolak individu yang terpalit dengan isu rasuah atau salah laku jenayah. - Getaran, 4 Jun 2023.










 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 9 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad