web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Jangan Gunakan Naratif Kolot Dan Jumud’, Pesan Anwar Kepada Abdul Hadi

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2023 9:15PM

Anwar menegaskan, Abdul Hadi atau pembangkang seharusnya menilai kerajaan dari segi dasar dilaksanakan, bukan menerusi jumlah majoriti parti Islam di dalam pentadbiran semasa. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang atau pembangkang seharusnya menilai kerajaan dari segi dasar dilaksanakan, bukan menerusi jumlah majoriti parti Islam di dalam pentadbiran semasa.

Justeru, Perdana Menteri meminta pemimpin kanan PAS itu tidak menggunakan naratif kolot dan jumud untuk menyerang Kerajaan Perpaduan pimpinannya.

Katanya, dalam memerintah sebuah negara pelbagai kaum seperti Malaysia, hak bukan Islam juga harus dipelihara demi mengangkat penghayatan Islam, seterusnya bagi menjamin keamanan.

“Yang penting dasar, di mana dasar yang kita (kerajaan) tinggalkan Islam, yang kita khianat orang Melayu, di mana yang kita curi tanah Melayu, curi saham, curi projek-projek di mana?

“Ini yang patut kita nilai, jangan gunakan naratif kolot dan jumud,” katanya seperti dilaporkan media.

Anwar berkata, beliau tidak mahu rakyat dipesongkan dengan sentimen dan dakwaan seperti dibuat Abdul Hadi.

“Kejayaan sesebuah kerajaan adalah mempertahankan Perlembagaan; meningkatkan makna budaya, bahasa dan Islam; membasmi kemiskinan serta menjaga keharmonian antara kaum,” katanya.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, menghentikan amalan menggunakan kuasa atau kedudukan untuk merompak harta rakyat, turut menjadi perkara yang harus ditekankan kerajaan dan pembangkang.

“Kalau tengok naratif yang lama-lama dalam kalangan orang ada kes, kalau ikut, kalau diteliti betul-betul dia takut untuk disiasat, kamu sudah ambil, pulangkan balik. Itu sahaja yang saya perlukan,” katanya.

Terdahulu, Abdul Hadi dilaporkan berkata, PH tidak sesuai menjadi kerajaan dan memimpin negara kerana gabungan politik itu dikuasai parti bukan Islam.

Malah, beliau mendakwa, kerajaan hari ini lemah kerana tidak diterajui parti Melayu Islam untuk memimpin Malaysia yang majoriti rakyatnya Melayu dan beragama Islam.

Dakwanya, PH tiada harapan sebab kedudukannya sangat lemah, ditambah parti terbesar dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), adalah Perikatan Nasional (PN), iaitu PAS dengan 43 kerusi dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) (34 kerusi).

“Manakala DAP dapat 49 kerusi, PKR pula 39 kerusi, 11 daripadanya bukan Melayu. Jadi kalau campur PH sebenarnya didominasi bukan Islam.

“Ia satu pakatan yang tak sesuai dengan masyarakat Malaysia yang majoritinya Melayu Islam,” kata Ahli Parlimen Marang itu. – Getaran, 2 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 13 jam yang lalu

Isu Palestin, Hak Asasi Manusia Dan Kedaulatan Negara: Malaysia Tidak Akan Ambil Pendirian Berkecuali - PM

2

Semasa 15 jam yang lalu

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

3

Semasa 1 hari yang lalu

PM Terima Penghargaan Sultan Selangor, ‘LRT3 Shah Alam Bukan Projek Untuk Bermegah’ 

4

Semasa 2 hari yang lalu

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kastam Tumpas 5 Sindiket Dadah Antarabangsa, Rampas Narkotik RM300.72 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Mahu Berjaga Untuk Perjalanan Jauh, Ramai Pemandu Lori Mengaku Ambil Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Isu Palestin, Hak Asasi Manusia Dan Kedaulatan Negara: Malaysia Tidak Akan Ambil Pendirian Berkecuali - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Sarjan Polis Maut Kemalangan, Polis Buru Pemandu Lori

oleh Sophia Ahmad