web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ahmad Zahid Bawa UMNO Jadi Parti Tumpang Rezeki DAP – Wan Saiful

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2023 6:22PM

Wan Saiful Wan Jan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mewujudkan kerjasama dengan DAP membuatkan ramai akar umbi parti berasa tidak selesa dan ingin berhijrah.

Terdesak dengan impak tindakannya itu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU terbabit berkata, Ahmad Zahid berusaha melakar imej negatif mengenai Perikatan Nasional (PN).

“Ahmad Zahid semakin terdesak kerana pilihan raya negeri (PRN) sudah dekat. Dia membawa UMNO menjadi sebuah parti yang menumpang rezeki daripada DAP.

“Sudah pasti akar umbi UMNO tidak selesa dan ramai yang mahu berhijrah. Saya melihat arahan beliau kini hanya untuk mengalih perhatian rakyat dan menutup kegagalan Pakatan Harapan (PH) - UMNO yang semakin terserlah,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid meminta Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), memantau hantaran berkisarkan naratif kaum dan agama yang dimainkan pemimpin politik di laman sosial untuk diambil tindakan.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, menurut laporan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ), orang politik menggunakan isu agama dan perkauman menerusi laman sosial untuk kepentingan politik.

Katanya, dalam soal pembangunan negara, budaya menghormati agama dan bangsa perlu diterapkan oleh semua pihak meskipun berbeza fahaman politik.

“Kami di dalam Kerajaan Perpaduan komited bahawa kepentingan rakyat bukan untuk memanipulasi isu yang akhirnya memecahkan agama dan kaum.

“Kami memberikan keutamaan soal untuk mencerakinkan pertumbuhan ekonomi, memberikan kesejahteraan kepada rakyat, bukan sahaja soal pembangunan malah kerohanian, termasuk pendidikan,” katanya.

Mengulas lanjut, Wan Saiful yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor menolak dakwaan bahawa PN adalah gabungan politik yang bersifat perkauman.

Tegas beliau, PN sentiasa konsisten memperjuangkan kemakmuran bersama untuk semua pihak tanpa mengira bangsa dan agama.

“Tatkala PH - UMNO semakin gagal menjaga kebajikan rakyat, kami dalam PN terus bercakap mengenai perkara seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bersasar, kawalan harga, bantuan kos sara hidup, dan banyak lagi,” katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Perpaduan ketika ini kehilangan sokongan daripada pengundi Melayu.

“Ia adalah fakta perlu dibicarakan secara terbuka semua yang prihatin mengenai hala tuju negara, bukan sahaja oleh orang politik, tapi juga ahli akademik, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam,” katanya. – Getaran, 2 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Ahmad Zahid Terima Surat Rayuan Khairy Kembali Sertai UMNO

2

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

3

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

4

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 7 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 7 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad