web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Muhyiddin Juga Sedia Bekerjasama Semula Dengan Tun M

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2023 12:46PM

Menurut Muhyiddin Yassin, kerjasama itu penting demi perjuangan membela agama, bangsa dan negara - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sedia bekerjasama dengan semua tokoh Melayu dan Islam, termasuk Tun Dr Mahathir.

Menurutnya, kerjasama itu penting demi perjuangan membela agama, bangsa dan negara.

“Saya menyambut baik kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang bersedia bekerjasama dengan saya demi matlamat untuk memperjuangkan nasib orang Melayu dan Islam.

“Saya sedar perkembangan politik mutakhir ini meletakkan umat Melayu dan Islam di negara ini di suatu persimpangan yang getir,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Dr Mahathir mengakui beliau kini sedia bekerjasama dengan Muhyiddin sekiranya kedua-dua pihak dapat mencapai matlamat yang sama.

Semalam, Dr Mahathir mengakui beliau kini sedia bekerjasama dengan Muhyiddin Yassin sekiranya kedua-dua pihak dapat mencapai matlamat yang sama - Gambar Fail
Semalam, Dr Mahathir mengakui beliau kini sedia bekerjasama dengan Muhyiddin Yassin sekiranya kedua-dua pihak dapat mencapai matlamat yang sama - Gambar Fail

Kenyataan terbaharu beliau itu sekali gus membayangkan kedua-dua mantan Perdana Menteri berkenaan berkemungkinan boleh kembali duduk semeja selepas bermusuhan selama lebih tiga tahun.

Lapor MalaysiaNow, Dr Mahathir berkata, usaha untuk memperjuangkan nasib orang Melayu perlu dijadikan antara matlamat utama selain menolak individu yang terpalit dengan isu rasuah atau salah laku jenayah.

Tambah beliau, masyarakat Melayu yang berpecah mengikut politik kepartian mengakibatkan parti politik Melayu sukar untuk memperbetulkan sebarang keadaan.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pimpinan Muhyiddin ditubuhkan pada 2016 selepas beliau dan beberapa pemimpin UMNO dipecat daripada parti itu selepas secara terbuka mengkritik isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Penubuhan BERSATU dilakukan bersama Dr Mahathir yang dilantik sebagai Pengerusi sebelum parti itu menyertai gabungan politik Pakatan Harapan (PH) yang akhirnya berjaya menumpaskan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018.

Dua tahun kemudian, Dr Mahathir bagaimanapun dipecat daripada BERSATU selepas berlaku perubahan kerajaan menerusi ‘Langkah Sheraton’ yang menyaksikan kerajaan PH tumbang dan digantikan dengan kerajaan PN yang dipimpin oleh Muhyiddin. – Getaran, 2 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Menantu Muhyiddin: SPRM Kemuka Dokumen Tambahan Untuk Lengkapkan Notis Merah Interpol

2

Politik 2 tahun yang lalu

Muhyiddin, Sila Bantu Siasatan SPRM, Dedahkan Lokasi Menantu - Fahmi

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Gagal Mohon Maaf Tanpa Syarat, Muhyiddin Teruskan Tindakan Saman PM

4

Politik 2 tahun yang lalu

Tun Mahathir Tidak Bertanding Dalam PRN

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 3 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan