web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bekas MB Negeri Sembilan, Mohd Isa Kembali Sertai UMNO

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2023 6:11PM

Isa Samad - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengesahkan bahawa bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, yang meninggalkan UMNO pada 2018, diterima menyertai semula parti itu.

Beliau berkata perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dipengerusikan oleh Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Ya, perkara itu diputuskan oleh MT yang bermesyuarat semalam. Surat rasmi belum dikeluarkan lagi kerana mesyuarat semalam habis pada 12 malam, saya tidak sempat ke pejabat," katanya kepada pemberita di Wisma UMNO Negeri Sembilan di sini hari ini.

Mohd Isa, 74, yang juga bekas Ahli Parlimen Jempol, sebelum ini mengumumkan keluar UMNO kerana ingin bertanding dalam pilihan raya kecil Port Dickson memandangkan parti itu tidak meletakkan calon.

Sementara itu, Mohd Isa mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan parti diterajui Ahmad Zahid kerana meluluskan permohonan beliau yang dihantar kepada UMNO sejak Julai tahun lepas.

Katanya beliau kini adalah ahli UMNO Bagan Pinang dan sedia membantu Kerajaan Perpaduan dalam memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

"Terima kasih terima saya jadi ahli UMNO, saya tidak pernah menentang parti. Semasa bukan ahli UMNO, saya tetap menyokong UMNO, mana-mana ceramah pilihan raya UMNO saya pasti pergi," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 16 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 11 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar