web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PH Perlu Kerja Keras, Buktikan Muhyiddin Omong Kosong Sahaja – Guan Eng

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2023 7:05AM

Lim Guan Eng berharap PH bukan sahaja dapat mempertahankan penguasaan di negeri itu tetapi boleh melakukan sesuatu di negeri lain, termasuk mengekal atau memenangi lebih banyak kerusi - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP, Lim Guan Eng mengingatkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang supaya bekerja keras untuk menewaskan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

Malah, beliau berharap PH bukan sahaja dapat mempertahankan penguasaan di negeri itu tetapi boleh melakukan sesuatu di negeri lain, termasuk mengekal atau memenangi lebih banyak kerusi.

“Pada PRN akan datang, kerajaan Pulau Pinang jangan ambil mudah, perlu bekerja keras untuk mengalahkan PN.

“Buktikan 80 peratus sokongan kepada PN seperti yang (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) cakap itu omong kosong sahaja,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Terdahulu, Muhyiddin yang juga Pengerusi PN dipetik sebagai berkata, gabungan itu yakin mampu meraih 70 peratus hingga 80 peratus sokongan rakyat, terutama undi Melayu pada PRN yang akan datang.

Menurutnya, keyakinan itu berdasarkan kajian dan fakta menunjukkan gabungan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), PAS, GERAKAN yang bakal bertanding PRN di enam negeri di Semenanjung berada di hadapan dari segi populariti dan kepemimpinan.

Ketika ini, katanya, rakyat sudah boleh menilai dan PRN akan datang bakal menjadi penanda aras baharu mengenai hala tuju masa depan politik negara.

Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, walaupun Kerajaan Perpaduan sudah ditubuhkan, masih terdapat segelintir pihak enggan menerima hakikat sehingga ada yang berusaha berkali-kali untuk menumbangkan atau menggantikan sebuah kerajaan yang absah dan diterima rakyat Malaysia.

“Kita jangkakan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dibubarkan pada akhir Jun ini dan hari membuang undi pula dijangka diadakan pada awal Ogos. 

“Inilah masanya rakyat harus menunjukkan apa yang dititah dan diputuskan oleh Yang di-Pertuan Agong demi membentuk sebuah Kerajaan Perpaduan adalah keputusan yang bijak bagi membolehkan Malaysia dan rakyat mara terus ke hadapan,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan menegaskan, PH bukan sahaja mahu mengekalkan pentadbiran kerajaan negeri, malah mahu mempertahankan kerajaan Persekutuan yang stabil dan mampu berkhidmat untuk rakyat.

“Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DAP Pulau Pinang yang diadakan beberapa hari lalu terbuka kepada semua tanpa mengira latar belakang parti dan khususnya mereka yang dulu lawan tetapi kini sudah jadi kawan,” katanya. - Getaran, 27 Mei 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad