web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anggap GTA Tak Berfungsi, Dr Mahathir Letak Jawatan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2023 11:52AM

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, GTA tidak bergerak seperti dihasratkan, selain pendaftarannya tidak mendapat kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) sehingga kini - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Menyifatkan Gerakan Tanah Air (GTA) sudah tidak berfungsi, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil keputusan untuk melepaskan jawatannya sebagai pengerusi gabungan itu.

Katanya, GTA tidak bergerak seperti dihasratkan, selain pendaftarannya tidak mendapat kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) sehingga kini.

“Yang itu (jawatan pengerusi GTA) lama punya. Takda (tiada) apa dah. Pasal GTA tak jadi, tak dapat tolong kita. Pasal dia parti, kita dapati sebagai parti tak boleh menang. Kita dah lawan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), GTA dan PEJUANG (Parti Pejuang Tanah Air) kalah 125 kerusi.

“Jadi nampak sebagai parti kita tak boleh menang, kalau kita nak menang dan nak perjuang nasib orang Melayu, kita kena dapat sokongan orang Melayu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui pada Majlis Jamuan Aidilfitri anjuran Pertubuhan Prihatin Kubang Pasu di Alor Setar, malam tadi.

Dr Mahathir memberi jawapan itu ketika diminta menjelaskan kedudukannya sebagai Pengerusi GTA yang menggabungkan empat parti politik, iaitu PEJUANG, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN), selain gabungan badan bukan kerajaan yang membentuk Gagasan Bangsa (GB).

Terdahulu, mantan Ahli Parlimen Langkawi itu bertindak keluar PEJUANG yang diasaskannya, selepas parti itu mengumumkan menarik diri daripada GTA pada 14 Januari lalu.

Mengumumkan perkara itu pada 10 Februari lalu, Dr Mahathir bersama 12 individu lain kemudian dilaporkan menyertai PUTRA.

Pada PRU-15, Dr Mahathir yang bertanding di Langkawi gagal mempertahankan kerusi itu, selepas tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Mohd Suhaimi Abdullah dengan majoriti 13,518 undi.

Kerusi itu menyaksikan pertarungan lima penjuru, termasuk ditandingi calon Barisan Nasional (BN), Datuk Armishah Siraj, calon Pakatan Harapan (PH), Zabidi Yahya dan calon Bebas, masing-masing tewas kepada Mohd Suhaimi dengan majoriti 11,945 undi, 5,417 undi dan 89 undi.

Dr Mahathir memperoleh 4,566 undian.

Jumlah undi diperolehnya itu turut menyaksikan beliau hilang wang deposit. - Getaran, 12 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 6 bulan yang lalu

Ikut Jejak Muhyiddin, Azmin, Peja Letak Jawatan

2

Semasa 11 bulan yang lalu

PM Tegas Tidak Letak Jawatan, Tekad Pacu Pembangunan Negara

3

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Sheikh Hasina Letak Jawatan, Larikan Diri Dengan Helikopter Tentera

4

Politik 2 tahun yang lalu

Gesa Pemimpin PN Letak Jawatan Tak Akan Ubah Keadaan - Santhara

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 11 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad