web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PAU 2023: Berlangsung 7 - 10 Jun, Persediaan Jentera Hadapi 6 PRN

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2023 9:24AM

PAU akan diadakan pada 7 hingga 10 Jun ini dengan fokus adalah kepada persediaan UMNO untuk menghadapi PRN di enam negeri. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – UMNO akan mengadakan perhimpunan agung parti itu bagi tahun 2023 pada 7 hingga 10 Jun depan, seperti dimaklumkan Setiausaha Kerjanya, Datuk Mohd Sumali Reduan menerusi kenyataan.

Tarikh ditetapkan itu dilihat sebagai ‘di luar kebiasaan’ penganjuran Perhimpinan Agung UMNO (PAU) berkenaan yang sebelum ini sering diadakan sekitar hujung tahun.

Justeru, intipati penganjurannya sudah tentu lebih memfokuskan kepada persediaan UMNO untuk menghadapi enam Pilihan Raya Negeri (PRN), iaitu di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang dijangka diadakan dalam tempoh terdekat.

Malah, terdahulu, Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pernah memaklumkan bahawa PAU 2023 akan diadakan lebih awal pada tahun ini.

Beliau berkata, ia dijangka diadakan pada awal Jun sebelum jentera parti itu turun padang berkempen untuk PRN di enam negeri berkenaan.

Sebelum ini, UMNO mengadakan PAU 2022 pada 11 hingga 14 Januari lalu, selepas ia ditangguh dari Disember tahun sebelumnya.

Menurut Setiausaha Agung UMNO ketika itu, Datuk Seri Ahmad Maslan, penangguhan itu berikutan tarikh asal PAU 2022 bertembung dengan cuti persekolahan,

“Oleh kerana 21 hingga 24 Disember ini waktu cuti sekolah dan ramai perwakilan yang ingin bercuti hujung tahun ke merata tempat, maka PAU adalah ditangguh,” katanya menerusi kenyataan.

PAU 2022 juga menyaksikan perhimpunan pertama diadakan UMNO selepas parti itu, kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dan beberapa gabungan politik lain untuk membentuk pentadbiran negara, menerusi Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. – Getaran, 8 Mei 2023

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 20 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad