web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Hormatilah Keputusan PRU-15, Hentikan Politik Dendam, Sampai Bila Nak Rosakkan Kestabilan Negara?’

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2023 9:00AM

Ia tidak sukar sebenarnya sekiranya semua pihak terus memberi hormat dan wibawa kepada kerajaan hari ini. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang menyaksikan kerajaan dan Perdana Menteri sedia ada berjaya membuktikan keabsahan di Parlimen, wajar terus dihormati.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, perkara itu tidak sukar sebenarnya sekiranya semua pihak terus memberi hormat dan wibawa kepada kerajaan hari ini.

“Proses dan perjalanan demokrasi sudah berlaku, tidak perlu rasanya kita menyemarak emosi penyokong dengan khayalan serta mimpi politik.

“(Malah) Belanjawan 2023 juga berjaya diluluskan tanpa sebarang isu dan masalah berbangkit,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata, siri Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan berlaku sedikit masa lagi yang menjadi medan untuk rakyat menyatakan pendirian serta penerimaan di peringkat negeri.

Katanya, keputusan PRN itu kelak harus diterima dengan hati terbuka, bukan dengan pimpinan dan kumpulan tertentu berterusan membenih komplot serta konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan.

Reezal Merican yang juga Pengarah Koordinasi PRN berkata, kini adalah masa meninggalkan sepenuhnya politik dendam dan membawa ‘tajdid siyasi’, iaitu politik baharu yang jauh lebih munasabah, bertanggungjawab dalam membawa kesejahteraan kepada rakyat serta rimbun dengan prinsip amanah dan integriti.

“Janganlah kita hanya sekadar jadikan rakyat sebagai sandaran untuk melonjak diri dengan kesudahan yang tidak bertepi. Kifayah,” katanya.

Menurutnya, kebelakangan ini terlalu banyak khabar angin dan desas-desus politik yang seakan mencadangkan akan berlaku perubahan arus politik tanah air.

“Serius atau tidaknya khabar ini sehingga DYMM Sultan Johor (Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sendiri, membuat hantaran di Facebook dengan mengeluarkan titah bagi memberi ingatan ‘sudah-sudahlah’ akan agenda yang demikian hajatnya.

“Kita sebenarnya belum pun melewati tempoh 200 hari selepas tarikh PRU-15 lalu. Secara spesifik, hari ini baru 167 hari. Jika disusul tempoh terlantiknya seorang Perdana Menteri ke-10, lebih sedikit 150 hari.

“Sejujurnya, ada rasa kecewa bila mana gegak gempita mahu menjadi ‘pembangkang berwibawa, main peranan semak dan imbang’, sudah lebih menjadi peranan ‘selak dan tumbang’. Selak kelemahan kerajaan dan bekerja untuk menumbangkannya,” katanya.

Mengulas lanjut, mantan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu menegaskan, dalam segala racau dan rengek mahu menumbangkan Kerajaan Perpaduan, pihak yang sebenarnya ‘senak dan tempang’ adalah rakyat serta ekonomi negara!

“Berapa lama lagi rakyat mahu disogok dengan ‘politik nombor’ begini? Wibawa ekonomi negara belum pulih sepenuhnya. Rasa percaya pelabur belum bulat dan likat. Hari ini, persaingan ekonomi bukan biasa-biasa.

“Memang benar, tidak ada kerajaan sempurna dan maksum seluruhnya. Kelemahan, ada. Kesilapan juga barangkali ada. Tapi kita semua ada jalan dan saluran menyatakan ketidakpuasan hati. Dalam banyak hal, saya sendiri yakin ada ruang penambahbaikan. Namun, saranan itu mesti berlaku dalam jalan politik yang wajar dan tepat,” katanya.

Selain itu, Reezal Merican  berkata, Malaysia sudah membazirkan lebih sedekad dengan ‘politik kabilah dan nombor’ ini.

“Berapa lama lagi kita mahu merosakkan kestabilan negara dan kerajaan? Asas masalahnya, “the trouble is, we call politics a game, but it isn’t one’. Prinsip ‘anything goes’, tidak terpakai dalam ruang politik yang punya etika dan kompas moral sebenar,” katanya.

Ujarnya, diri beliau sendiri menjadi sebahagian proses dan denai demokrasi apabila suaatu ketika bergelar ‘Menteri’, namun hari ini tidak lagi.

Justeru, beliau berkata, situasi itu membuktikan ia adalah sebahagian proses demokrasi.

Tegasnya, jika sebelum ini beliau pernah dijulang tinggi oleh parti, hari ini, menjadi tanggungjawabnya memberi dukungan penuh kepada pimpinan dan rakan UMNO yang berada dalam Kerajaan Perpaduan.

“Ini sama sekali tidak bermakna saya perlu bersetuju semua perkara. Namun, ia akan disampaikan di dalam parameter dan lingkungan disiplin parti yang tinggi.

“Parti berhak dihormati dan dalam pada masa sama, saya menyatakan pandangan diri,” katanya.

Kelmarin, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Dr Muhammad Faiz Na’aman, dilapor memberi bayangan gerakan bagi menumbangkan Kerajaan Perpaduan bukan satu spekulasi, malah ia diketahui pimpinan tertinggi dalam kerajaan.

Beliau dilaporkan turut menyifatkan angka ‘126’ yang dimuat naik dalam satu hantarannya di Facebook pada 1 Mei lalu, sebagai signifikan sehingga mencetuskan kemarahan penyokong Kerajaan Perpaduan.

“Saya kira, angka ini signifikan hingga ramai ‘çyber troopers’ prokerajaan meroyan di laman Facebook saya.

“Saya fikir pihak sebelah sana (Kerajaan Perpaduan) pun tahu kebenarannya,” katanya kepada BH.

Menerusi muat naik di media sosial itu, Dr Muhammad Faiz menulis “126 dah…jika benar Alhamdulillah”.

Hantaran itu menimbulkan persoalan dengan ada yang mengaitkan angka terbabit sebagai bilangan Ahli Parlimen yang memberi sokongan kepada parti pembangkang.

Beliau bagaimanapun terus mengunci mulut sama ada angka berkenaan merujuk kepada jumlah kerusi membabitkan Ahli Parlimen atau sebaliknya.

Sultan Ibrahim pula menerusi Facebook, menyuarakan kebimbangan baginda susulan desas-desus berhubung isu kestabilan kerajaan yang terus kedengaran meskipun sudah enam bulan PRU-15 berlalu.

Sultan Ibrahim menitahkan supaya rakyat, ekonomi, kesejahteraan dan kemakmuran negara seharusnya diutamakan.

“Rakyat telah menaruh harapan tinggi dalam PRU-15 lalu dan memberi undi mereka kepada 222 wakil rakyat untuk mengembalikan kestabilan politik negara.

“Namun sehingga kini, 222 Ahli Parlimen ini masih tidak dapat bersepakat sehingga ada gerakan yang cuba menggagalkan kestabilan sedang dibina,” titahnya.

Baginda bertitah, keadaan seperti itu adalah tidak sihat untuk semua lapisan negara, baik dari segi sosial, ekonomi mahupun kedudukan di peringkat antarabangsa.

“Sudah-sudahlah. Sampai bila lebih 30 juta rakyat Malaysia hendak menanggung keadaan sebegini.

“Ekonomi perlu dipulihkan, kesejahteraan dan kemakmuran negara mesti diutamakan,” titah baginda. – Getaran, 5 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 2 tahun yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

2

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

3

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

4

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

5

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

6

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad