web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


BN, PH Tidak Mahu Tergopoh-Gopoh Dalam Pembahagian Kerusi - Ahmad Zahid

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2023 9:18PM

Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang di Sungai Koyan hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LIPIS - Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) mengambil pendirian 'tidak tergopoh-gopoh' dalam pembahagian kerusi untuk enam pilihan raya negeri (PRN) nanti, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 

Beliau yang juga Pengerusi BN berkata pendekatan itu juga diambil bagi mengelakkan pertembungan atau sebarang permasalahan yang mungkin timbul, jika calon yang dipilih tidak dapat memberikan kemenangan pada pilihan raya nanti. 

Selain itu katanya rundingan pembahagian kerusi antara parti dalam Kerajaan Perpaduan juga melibatkan 'prosedur' iaitu perbincangan antara BN dan PH di peringkat negeri sebelum ke peringkat nasional untuk dimuktamadkan setelah perundingan dilakukan dengan presiden parti-parti komponen dalam BN dan PH. 

"Soal yang kami utamakan ialah bagaimana pembahagian kerusi itu bukan sahaja dibuat atas rasa kesaksamaan tetapi juga tentang kebolehmenangan. Kita merasakan bahawa bukan sahaja soal kemenangan, tetapi (juga) soal penerimaan pengundi dan likeable seseorang calon, iaitu yang disukai dan sesuai dengan cita rasa pengundi di kawasan berkenaan. 

"Lagipun kita mempunyai masa yang agak panjang, mungkin sehingga Julai atau awal Ogos untuk kita hadapi kempen PRN secara rasmi," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Badan Perhubungan UMNO Pahang di Laman Sejahtera Sungai Koyan di sini hari ini. 

Turut hadir ialah Menteri Besar yang juga Pengerusi UMNO Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan barisan kepimpinan UMNO peringkat nasional dan peringkat negeri. 

Ahmad Zahid berkata demikian sebagai mengulas dakwaan bahawa pembahagian kerusi antara BN dan PH bagi menghadapi PRN di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu dan Kelantan agak ketinggalan berbanding Perikatan Nasional (PN) yang dilaporkan sudah selesai antara 85 ke 90 peratus. 

Ditanya mengenai pandangan segelintir pihak bahawa PN mempunyai peluang di Selangor dan Negeri Sembilan, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata pihaknya tidak boleh memandang ringan andaian itu.

"Bukan sahaja (ambil ringan) di Selangor, tetapi di semua negeri yang akan menghadapi PRN ini," katanya dan menambah keputusan boleh berpihak kepada parti dalam Kerajaan Perpaduan jika kombinasi antara parti menggerakkan jentera secara terselaras dan memberikan penerangan yang tepat kepada pengundi.

Mengulas jika BN akan membuat perubahan pada senarai calon di enam PRN itu bagi memastikan calon mereka adalah 'likeable', Ahmad Zahid tidak menolak kemungkinan itu berdasarkan pencapaian dan pengalaman pada PRN di Melaka dan Johor. 

"BN (di Melaka dan Johor) mengemukakan muka-muka baharu... kita lihat di Melaka hampir 80 peratus dan begitu juga di Johor iaitu lebih 70 peratus. Ertinya kita amat komited untuk terus meremajakan UMNO, BN dan memberi peluang kepada kumpulan pelapis untuk berada di persada kepimpinan negeri melalui pemilihan sebagai calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 2 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad