web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pembahagian Kerusi PRN: BN Tidak Akan Ketepi Komponen Lain

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2023 9:00AM

Zambry (tiga, kanan) bergambar bersama tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya di Dewan Komuniti Cempaka Sari malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Barisan Nasional (BN) tidak akan mengetepikan mana-mana parti gabungannya dalam soal pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. 

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata sebarang perbincangan pembahagian kerusi adalah atas persetujuan bersama parti-parti komponen BN. 

“Semangat BN tetap kekal, sebarang perundingan melibatkan kerusi akan dibincang bersama-sama. 

“Dalam mesyuarat Dewan Tertinggi (BN) semalam juga mengambil ketetapan ia akan dibincang baik dengan gabungan BN atau PH (Pakatan Harapan),” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Ahli Parlimen Ipoh Timor Howard Lee dan Ahli Dewan Undangan Negeri Tebing Tinggi, Dr Aziz Bari. 

Terdahulu media melaporkan Naib Presiden MCA yang juga Pengerusi MCA Pulau Pinang Tan Teik Cheng berkata perbincangan rundingan kerusi antara kedua-dua gabungan itu harus merangkumi semua parti komponen. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

2

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Kesian Pak Cik, Kan Dah Terlentang

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Mahkamah Tolak Rayuan BN Untuk Kembalikan Petisyen Pilihan Raya Gua Musang

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan