web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Sungguh Lucu Kenyataan Hadi, Beliau Mungkin Lupa PAS Pernah Bersama Dapur DAP’ - Ramasamy

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2023 3:07PM

Abdul Hadi Awang - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR –Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, P Ramasamy menempelak dakwaan Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menegaskan PAS tidak boleh masuk ke ‘dapur masakan DAP’ walaupun parti itu bertukar tukang masak atau menggunakan khidmat cef  beragama Islam.

Beliau berkata, kenyataan Presiden PAS itu, seolah-olah beliau lupa bahawa PAS pernah bersama DAP selama tujuh tahun.

“Sungguh melucukan kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang bahawa walaupun DAP melantik seorang cef Muslim, parti itu tidak akan pernah masuk ke dapurnya.

“Namun begitu, Abdul Hadi mudah lupa, mungkin disebabkan kesilapan ingatannya, antara April 2008 dan sehingga Jun 2015, ketika Pakatan Rakyat wujud, PAS tidak mempunyai masalah untuk memasuki dapur DAP.

“Pada masa itu, tidak ada bezanya sama ada cef itu beragama Islam atau tidak,” katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

P Ramasamy - Gambar fail
P Ramasamy - Gambar fail

Dalam pada itu, Timbalan Menteri II Pulau Pinang itu menyifatkan Abdul Hadi sebagai ‘ketua arkitek’ permusuhan antara DAP dan PAS

Ramasamy berkata, sekiranya Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih hidup, permusuhan antara kedua-dua parti itu tidak akan berlaku.

“Abdul Hadi pernah menuduh DAP bersimpati terhadap Parti Komunis Malaya (PKM) yang sudah tidak wujud serta menuduh DAP menyokong idea membawa balik mayat ketua PKM Chin Peng dari Thailand.

“Tuduhan terbaharu, Abdul Hadi menyifatkan DAP sebagai parti licik dan cuba berselindung di sebalik Perlembagaan, bagi mempromosikan prinsip sekularisme walaupun pada hakikatnya Islam adalah agama rasmi Persekutuan,” katanya. 

Sehubungan itu, Ramasamy berkata, sudah tiba masanya rakyat Malaysia tidak lagi memandang serius dan cakna terhadap pandangan Abdul Hadi.

“Kenyataan ini terutamanya terhadap DAP tidak masuk akal tetapi lebih mencerminkan pandangan perkauman dan agamanya yang melampau.

“Walaupun Abdul Hadi sentiasa bersedia untuk menerkam kenyataan dan pandangan umum DAP, tetapi sikap berdiam diri mengenai rasuah dan pengubahan wang haram dalam gabungan PN agak memekakkan telinga,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, Abdul Hadi menegaskan, PAS tidak boleh dimasukkan ke dalam ‘dapur masakan’ DAP yang ada bersamanya makanan tidak halal, walaupun bertukar tukang masaknya atau diambil tukang masak beragama Islam.

Ahli Parlimen Marang itu dilaporkan berkata, PAS bertahaluf dengan DAP dan bersama parti lain dalam gagasan pembangkang suatu ketika dahulu berkonsepkan titik persamaan kemanusiaan yang tidak menyentuh dasar parti, selain tidak terpesong hala tujunya.- Getaran, 23 April 2023.

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad