Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


‘Kahwin Paksa’ UMNO, PH Boleh Bertahan Selagi…

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2023 10:09AM

Dr Muhamad Akmal Saleh berkata sekiranya UMNO dan PH yang pernah berseteru itu boleh duduk bersama dan memahami antara satu sama lain, beliau menganggap hubungan terbabit tidak akan berakhir. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berpendapat, sememangnya sukar bagi UMNO dan Pakatan Harapan (PH) membentuk gabungan ketika ini, namun beliau meyakini kedua-dua pihak kini sudah menamatkan persengketaan.

Beliau berkata, selagi wujud persefahaman serta hormat antara kedua-dua pihak, ‘kahwin paksa’ UMNO dan PH mampu kekal.

Katanya, sekiranya UMNO dan PH yang pernah berseteru itu boleh duduk bersama dan memahami antara satu sama lain, beliau menganggap hubungan terbabit tidak akan berakhir.

Dr Muhamad Akmal Saleh
Dr Muhamad Akmal Saleh

“Begitu juga yang berlaku ketika kita (UMNO) bekerjasama dengan PAS (dalam kerajaan terdahulu). Sukar juga pada awalnya, namun kita berjaya menguruskannya,” katanya kepada FMT.

Selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 (PRU-15) pada November tahun lalu, UMNO menjadi satu daripada parti yang menandatangani perjanjian untuk membentuk Kerajaan Perpaduan.

Empat parti lain yang turut bersetuju menyertai kerajaan dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim itu adalah PH, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Warisan (WARISAN).

Dr Muhamad Akmal berkata, UMNO lebih sanggup bekerjasama dengan pihak ‘benar-benar ikhlas’, berbanding parti gemar ‘menikam belakang’.

Ujarnya, kini dua parti itu memikul bertanggungjawab untuk memastikan rakyat dibantu dan mengelak isu politik sebanyak mungkin.

“Rakyat memerlukan kita dan kita mesti berkhidmat,” katanya.

Dr Muhamad Akmal berkata UMNO lebih sanggup bekerjasama dengan pihak ‘benar-benar ikhlas’, berbanding parti gemar ‘menikam belakang’.
Dr Muhamad Akmal berkata UMNO lebih sanggup bekerjasama dengan pihak ‘benar-benar ikhlas’, berbanding parti gemar ‘menikam belakang’.

Terdahulu, mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan mendakwa ‘kahwin paksa’ antara UMNO dan parti komponen PH, DAP tidak akan berjaya, sama ada di peringkat kepimpinan tertinggi atau akar umbi.

Menurutnya, beliau sudah mula melihat keretakan kerjasama itu selepas wujud serangan secara terbuka antara pemimpin parti kerajaan ketika ini.

Ahli Parlimen Bera itu berkata, kerjasama antara mereka yang bertelagah itu, tidak akan kekal lama dan akhirnya pasti berlaku keretakan serta perpecahan.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, hubungan antara parti itu dan UMNO tidak boleh diibaratkan sebagai ‘kahwin paksa’, sebaliknya ia kerjasama politik bagi mewujudkan sebuah Kerajaan Perpaduan yang stabil.

Malah, beliau menempelak dan mengingatkan Ismail Sabri bahawa kerjasama yang wujud antara PH dan Barisan Nasional (BN) adalah atas nasihat Yang di-Pertuan Agong.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim turut menolak analogi dikemukakan Ismail Sabri berhubung ‘kahwin paksa’ itu dengan menegaskan Perdana Menteri memperoleh sokongan majoriti Ahli Parlimen dan menang usul undi percaya di Dewan Rakyat, pada Disember tahun lalu.

Pada masa sama, beliau berkata, Kerajaan Perpaduan boleh menamatkan penggal pentadbiran jika Anwar berjaya menguruskan kenaikan kos sara hidup dan menjunjung kebebasan kehakiman, tanpa membabitkan dirinya dengan kes mahkamah melibatkan pemimpin UMNO.

Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee pula berkata, normal bagi ahli politik bertikam lidah antara satu sama lain.

Namun, katanya, rakan gabungan dalam Kerajaan Perpaduan mesti mengelakkannya kerana sikap itu dibimbangi mencetuskan sentimen kaum.

“Kerja kita dalam pembangunan negara jauh lebih penting daripada ‘cinta’ dan ‘kahwin’ antara dua parti,” katanya. – Getaran, 18 April 2023

Sorotan

1

Terengganu Langkah Kanan, Syafiq Ahmad Jaring Gol Terpantas Di Selayang

2

25 Tahun PKR: Hayati Perjuangan, Jangan Alpa Kuasa Dimiliki - Anwar

3

PRK KKB: Warga Emas Sanggup Tempuh 200 KM Untuk Mengundi

4

AJK Masjid Arah Terbalikkan Baju Sudah Beri Penjelasan Dan Mohon Maaf - Exco

5

Mendiang Mutang Dikebumi Isnin

6

PRK Kuala Kubu Bharu Bermula Secara Rasmi

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

PM Tiba Di Doha Untuk Lawatan 3 Hari

Semasa 23 jam yang lalu

Diperdaya ‘Phone Scam’, Penjawat Awam Rugi Lebih RM150,000

Politik 1 hari yang lalu

PRK KKB: Kemenangan PH Beri Isyarat Untuk Terus Kerja Kuat Tarik Pelabur, Perkuat Ekonomi - Anwar

Semasa 3 jam yang lalu

DBKL Gempur Penjaja Asing, Sita 8 Gerai Milik Warga Bangladesh

oleh Sophia Ahmad