web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tidak Wajar Puad 'Rendahkan' Pandangan DAP, Kritikan Terbuka Risiko Jejas Kerjasama

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Apr 2023 7:18AM

Najib Razak - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dakwaan Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi bahawa DAP takut terhadap usaha UMNO mendapatkan pengampunan diraja untuk membebaskan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berisiko menjejaskan kerjasama dibentuk antara parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan.

Penganalisis politik Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Hussain Yusri Zawawi berkata, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu juga tidak wajar mengkritik rakan gabungan secara terbuka kerana tindakan tersebut akan mewujudkan budaya politik tidak baik di negara ini untuk jangka masa panjang.

“Tindakan itu akan mewujudkan tanggapan tidak baik dalam soal perbicaraan kerana Najib masih dipenjara. Walaupun UMNO memutuskan untuk mendapatkan pengampunan diraja bagi membebaskan Najib, biar perkara itu selesai dahulu dan fokus terhadap kes beliau yang masih dibicarakan di mahkamah.

“Hormati sistem perundangan di negara ini. Perjalanan kes Najib masih panjang dan masih ada pertuduhan belum diputuskan sama ada beliau bersalah atau tidak. Kenyataan Puad itu sudah tentu akan menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan pelbagai pihak, terutama rakyat,” katanya kepada Getaran.

Dalam pada itu,Hussain berkata, pengampunan Najib yang diusahakan oleh UMNO turut mewujudkan imej tidak baik dan berupaya menjejaskan sokongan rakyat terhadap kerajaan diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Pengampunan penuh ini jika direalisasikan akan membolehkan Najib bebas melakukan semua perkara seperti dahulu. Beliau juga boleh kembali menjadi wakil rakyat. Namun soalnya, adakah rakyat boleh menerima semula mantan Perdana Menteri itu.

“Ia juga boleh memberi impak besar kepada kepimpinan sekarang. Akan wujud ‘double standard’ berikutan ahli politik yang terbabit salah laku melibatkan pengubahan wang haram dengan jumlah terlalu besar akan dibebaskan dalam tempoh singkat,” katanya.

Mohd Puad Zarkashi - Gambar fail
Mohd Puad Zarkashi - Gambar fail

Terdahulu, Mohd Puad mendakwa Pakatan Harapan (PH) khususnya DAP, takut terhadap usaha dibuat UMNO untuk mendapatkan pengampunan diraja bagi membebaskan Najib yang kini sedang menjalani hukuman penjara.

Dakwanya, kenyataan veteran DAP, Lim Kit Siang itu menunjukkan mereka sebenarnya takut sekiranya UMNO bertambah kuat melalui gabungan Najib dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Puad turut mengingatkan Kit Siang, bahawa DAP adalah punca kerajaan 22 bulan Tun Dr Mahathir Mohamad tumbang pada Februari 2020 lalu.

Terdahulu, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bermesyuarat 7 April lalu, memutuskan untuk menghantar memorandum bagi memohon ihsan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, untuk mempertimbangkan pengampunan penuh kepada Najib.

Sebelum ini, Kit Siang dalam kenyataannya, memberi amaran Kerajaan Perpaduan boleh runtuh sekiranya Najib diberikan pengampunan diraja.

Menjelaskan pendapatnya itu, Kit Siang melihat masalah dihadapi oleh kerajaan pimpinan Anwar ketika ini lebih kepada bersifat dalaman berbanding luaran.

Kit Siang juga percaya pengampunan Najib, tidak akan menguntungkan UMNO sama sekali, sebaliknya hanya memberi kelebihan kepada PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Hassan Abdul Karim
Hassan Abdul Karim

Sementara itu, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim khuatir Kerajaan Perpaduan akan ditolak rakyat, suatu malapetaka besar buat Anwar sehingga berisiko mengheret gabungan tersebut tumbang bersama Barisan Nasional (BN).

Menurut beliau, sokongan terhadap Pakatan Harapan (PH) dan PKR terutamanya akan terhakis, seterusnya menjejaskan peluang gabungan itu untuk memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang akan datang.

“Imej baik Anwar setakat ini akan tercalar dan tercemar. Kemungkinan senario yang tidak diingini akan berlaku, kesannya adalah suatu malapetaka kepada Kerajaan Perpaduan.

“Gabungan politik PH dan PKR akan ditolak rakyat sete­rusnya disingkir pada PRN serta pilihan raya umum (PRU) akan datang. Kesudahannya, PH serta PKR akan rebah dan tersungkur bersama BN dan UMNO sekiranya perkara itu berlaku,” katanya. - Getaran, 17 April 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 15 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad