Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pengampunan Najib Tidak Cukup Pulihkan Semula UMNO - Kit Siang

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 16 Apr 2023 9:00PM

Lim Kit Siang berkata, walaupun Najib Razak menerajui parti terkemuka di negara ini, beliau gagal mengekalkan momentum tersebut apabila UMNO kalah teruk pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengampunan diraja untuk mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih belum cukup untuk memulihkan semula UMNO yang sudah terkesan dengan kehilangan sokongan pengundi Melayu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), November lalu.

Veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, walaupun Najib menerajui parti terkemuka di negara ini, beliau gagal mengekalkan momentum tersebut apabila UMNO kalah teruk pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 ketika di bawah pimpinannya.

Tegas beliau, undi kaum Melayu terhadap UMNO juga semakin merosot pada PRU-15, ketinggalan di belakang PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), hanya beberapa bulan selepas Najib dipenjarakan atas pertuduhan rasuah.

“Ada pihak yang percaya bahawa cara untuk UMNO mendapatkan semula sokongan pilihan raya dahulu adalah dengan Najib mendapat pengampunan (diraja).

“Saya tidak bersetuju, kerana jika tidak, pengajaran UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dan PRU-15 tidak akan berlaku,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebaliknya, Kit Siang berpendapat, satu-satunya cara untuk memulihkan UMNO ialah parti itu harus memainkan peranan penting dalam menetapkan semula dan mengembalikan Malaysia kepada prinsip dan dasar pembinaan negara asal bagi sebuah masyarakat majmuk.

Malah, katanya, ia termasuk mengetuai usaha memerangi rasuah di negara ini dan memulihkan kebebasan institusi kehakiman.

“Sejarah akan memberitahu sama ada UMNO, selepas dua keputusan terburuk pada PRU-14 dan PRU-15, boleh memainkan peranan ini dan sama ada masa depan Malaysia akan menjadi negara contoh kepada dunia sebagai negara majmuk yang berjaya atau negara berpecah, gagal, dan kleptokrat,” katanya.

Kit Siang berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, mendakwa Pakatan Harapan (PH) khususnya DAP, takut terhadap usaha dibuat UMNO untuk mendapatkan pengampunan diraja bagi membebaskan Najib, yang kini sedang menjalani hukuman penjara.

Dakwanya, Kit Siang, yang mendakwa Kerajaan Perpaduan akan runtuh jika Najib diberi pengampunan, menunjukkan mereka sebenarnya takut UMNO bertambah kuat melalui gabungan Najib dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Lim Kit Siang orang seterusnya mengatakan Kerajaan Perpaduan boleh runtuh sekiranya Najib diberikan pengampunan diraja. Mereka takut jika Najib bebas. Dia ancaman kepada PH dan Anwar.

“Mereka takut, UMNO tambah kuat melalui gabungan Najib dan Ahmad Zahid. Apatah lagi Ahmad Zahid makin kukuh dalam UMNO,” katanya.

Terdahulu, MKT UMNO yang bermesyuarat pada 7 April lalu memohon ihsan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, untuk mempertimbangkan pengampunan penuh kepada Najib.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ia sebagaimana kuasa yang diperuntukkan mengikut Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Sehubungan itu, katanya, MKT sebulat suara bersetuju untuk memohon menghadap bagi mempersembahkan warkah rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong berserta memorandum yang ditandatangani seluruh kepimpinan UMNO daripada 191 Bahagian termasuk Wanita dan sayap Pergerakan Pemuda serta Puteri UMNO.

Najib kekal menjalani baki tempoh penjara 12 tahun yang dijatuhkan ke atasnya selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonan beliau untuk mendapatkan kebenaran bagi menyemak keputusan yang mengekalkan sabitan serta hukuman kesalahan menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd. - Getaran, 16 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Najib Dapat Persetujuan Kabinet Sebelum Luluskan Surat Sokongan Bon AS$3 Bilion

2

Politik 1 minggu yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Ada Seorang Saksi Penting Dijangka Menyokong Permohonan Najib Untuk Tahanan Di Rumah - Shafee

Sorotan

1

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

2

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

3

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

4

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

5

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi โ€“ Mohamad

6

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian โ€“ JSJK

7

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB โ€“ Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Sukan 6 jam yang lalu

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

Sukan 14 jam yang lalu

Tuan Rumah China Bertemu Indonesia Pada Final Piala Uber

Semasa 1 hari yang lalu

Perkampungan Sunnah Dapat Sambutan Hebat - Mufti Perlis

oleh Diyana Nawwar

Semasa 2 jam yang lalu

Cadangan Setiap Pemimpin Jaga Satu Kampung Dibentang Ke Kabinet - PM

oleh Wartawan Getaran