web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Exco Melaka Perlu Gambarkan Komposisi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2023 3:01PM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BAGAN DATUK - Barisan Exco Kerajaan Negeri Melaka yang akan dilantik perlu menggambarkan komposisi Kerajaan Perpaduan, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 

Justeru, Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO itu berkata perbincangan akan diadakan dengan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan mengenainya dibuat. 

"Saya berhasrat agar barisan Exco mengandungi komposisi Kerajaan Perpaduan. 

"Walaupun di Melaka BN dan UMNO menguasai kerajaan negeri, alangkah baiknya Exco Kerajaan Negeri Melaka menggambarkan kebersamaan dan perkongsian kuasa dengan ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) yang dipilih oleh rakyat dalam Kerajaan Perpaduan," katanya kepada pemberita pada majlis Tadarus Al-Quran Perdana Sempena Ramadan 1444H Peringkat Parlimen Bagan Datuk di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata kestabilan politik di Melaka itu akan membantu kemenangan Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang di enam negeri.

Semalam, Rauf yang dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 berkata beliau akan mengumumkan barisan Exco yang baharu dalam tempoh 48 jam.

Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk merasmikan program Gerak Rahmah 2023: Jom Masak Bubur Lambuk Peringkat Negeri Perak di Taman Perumahan Awam Hutan Melintang di sini.

Program anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) itu dijalankan serentak di seluruh negara hari ini. 

Di Perak, hampir 300 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) menyertai program itu dengan 14 daripadanya KRT di Parlimen Bagan Datuk. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 14 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Nahas Di Lebuhraya AMJ: Bayi Lelaki Terpelanting Keluar Disahkan Selamat

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Mayat Balut Dengan Tilam: Konflik Akibat Dadah Punca Pembunuhan - Polis

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Bau Busuk Dedah Penemuan Ngeri, Mayat Repus Dijumpai Dibalut Dalam Tilam 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek