web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ahmad Zahid Sahkan Sulaiman Letak Jawatan Ketua Menteri Melaka

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2023 8:38PM

Ahmad Zahid mengesahkan peletakan jawatan Sulaiman (kiri) manakala Ab Rauf dikhabarkan turut tersenarai sebagai calon Ketua Menteri baharu. - Gambar fail/Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BENTONG - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengesahkan Ahli Dewan Undangan Negeri Lendu Datuk Seri Sulaiman Md Ali telah meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka. 

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata Sulaiman telah menyerahkan surat peletakan jawatan itu pada pertemuan di pejabatnya di Parlimen, semalam.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata beliau akan menghadap Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam untuk mempersembahkan nama calon yang sesuai untuk dilantik sebagai Ketua Menteri yang baharu. 

"Saya mengharapkan kebijaksanaan TYT (Tuan Yang Terutama) untuk menerima watikah yang akan saya kemukakan dan majlis angkat sumpah (Ketua Menteri baharu) akan mengikut kesesuaian tarikh TYT," katanya pada sidang media di Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Al Falah, Kampung Lebu di sini hari ini. 

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid tidak memaklumkan bila beliau akan menghadap Mohd Ali mahupun jumlah nama individu yang akan dikemukakan dalam senarai berkenaan. 

Ditanya jika nama Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusof akan disenaraikan, Ahmad Zahid menjawab: "Saya tidak boleh mengesahkan atau menafikan. Kita tunggu pengumuman daripada Kerajaan Negeri Melaka."

Berhubung soalan jika pertukaran Ketua Menteri itu adalah sebahagian daripada perancangan pembentukan Kerajaan Perpaduan di Melaka seperti diumumkan beliau di negeri itu baru-baru ini, Ahmad Zahid berkata ada kemungkinan ia akan berlaku. 

"Kita akan lihat perkembangan terbaharu apabila Ketua Menteri yang baharu ini mengadakan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN Melaka) selepas raya," katanya. 

Spekulasi pertukaran Ketua Menteri Melaka mula dilaporkan media hari ini, susulan tular di aplikasi WhatsApp maklumat mengenai Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Ketua Menteri yang baharu bakal berlangsung Jumaat ini.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut menyampaikan Bantuan Imarah Masjid daripada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) kepada tiga masjid bernilai RM9,000 selain sumbangan kepada anak yatim dan saudara baharu Islam. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

2

Politik 1 bulan yang lalu

Politik Melayu Akan Lemah Jika Terus Dibelenggu Perpecahan - Ahmad Zahid

3

Kolum 1 bulan yang lalu

Mampukah Zahid Bergelar Perdana Menteri? 

4

Politik 1 bulan yang lalu

UMNO Tidak Pernah Berhasrat Jadi Pembangkang Di Negeri Sembilan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 6 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad