Berita Terkini

2 jam yang lalu: Malaysia destinasi mesra Muslim terbaik OIC 2 jam yang lalu: Bali keluar panduan etika untuk pelancong 2 jam yang lalu: Bursa Malaysia akan ditutup pada 5 Jun sempena cuti umum Hari Keputeraan Agong 2 jam yang lalu: Dua remaja ditemukan lemas di Sungai Pahang 2 jam yang lalu: Zambry mulakan lawatan kerja ke Perancis dengan bertemu rakan sejawatan Catherine Colonna

IKUTI KAMI


Pemimpin Baharu 3 Sayap UMNO Perlu Berdedikasi, Jalankan Amanah Seikhlas Hati - Presiden

Politik Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2023 7:00AM

Ahmad Zahid berkata, mandat diberi itu perlu digalas dengan niat mencari keredaan Allah SWT. - Gambar fail UMNO Online

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemimpin tiga sayap UMNO yang berjaya memenangi pemilihan parti baru-baru ini diingatkan supaya bekerja dengan penuh dedikasi, dan menjalankan amanah diberi seikhlas hati.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, mandat diberi itu perlu digalas dengan niat mencari keredaan Allah SWT, tanpa mengetepikan hasrat akar umbi di seluruh negara.

Menurut beliau, setiap tanggungjawab digalas pasti didatangkan bersama ujian dan cabaran yang berbeza.

“Hari ini (semalam) saya telah mengadakan pertemuan bersama Ketua Wanita, Ketua Pergerakan Pemuda, Ketua Pergerakan Puteri dan naib-naibnya setelah berakhirnya sesi pemilihan UMNO sesi 2023-2026.

“Saya menzahirkan ucapan tahniah kepada mereka yang akan memimpin organisasi Wanita, Pemuda dan Puteri ini bagi meneruskan legasi perjuangan menjunjung martabat agama, bangsa dan negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook, malam tadi.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas mengenai pertemuan yang diadakan bersama Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, Naib Ketua Pemuda, Hairi Mad Shah dan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Noraini Ahmad.

Turut hadir ialah Naib Ketua Wanita, Norliza Abdul Rahim, Ketua Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi dan Naib Ketua sayap itu, Siti Sokhleha Nordin.

Pemilihan kali ini menyaksikan dua jawatan tertinggi parti iaitu Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.

Dalam perkembangan berkaitan, Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, barisan kepimpinan baharu UMNO berdepan tanggungjawab besar dalam memperkuat parti, walaupun sedang melalui senario politik yang mencabar.

“Sekiranya ujian ini dilakukan bersama, Insya Allah kita akan menghasilkan sebuah output yang akan memberikan kelebihan bukan sahaja kepada ahli parti, tetapi rakyat secara keseluruhannya.

“Allah SWT berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: ‘Wahai orang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanah yang diberi kepercayaan kepadamu, sedang kamu mengetahui’. (Surah al-Anfal, ayat 27).

“Selamat bertugas dan semoga berjaya buat semua,” katanya.

Dalam perkembangan lain Zahid yang turut menggalas portfolio Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, beliau semalam telah mempengerusikan satu jawatankuasa yang penting dalam memangkin pembangunan negara iaitu Jawatankuasa Pembangunan Belia Bil 1/2023.

Katanya, antara isu atau cabaran utama yang menjadi keresahan belia ialah pekerjaan dan pengangguran.

“Bagi menangani isu ini, dalam mesyuarat tadi (semalam) telah membincangkan langkah untuk meningkatkan kebolehpasaran belia melalui bidang keusahawanan dan latihan kemahiran seperti Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Skor Indeks Belia Malaysia (IBM) pula mendapati belia masih kurang mengikuti perkembangan aktiviti politik, kenegaraan dan demokrasi,” katanya.

Jelas beliau, usaha ke arah literasi demokrasi dan kematangan politik terutamanya dalam golongan belia akan dilaksanakan dalam skala besar dan penuh iltizam, dengan melibatkan pelbagai pemegang taruh dalam kalangan kementerian, jabatan dan agensi.

“Isu belia harus di arus-perdanakan ke semua sektor berkaitan dan saya berharap kerjasama semua pemegang taruh diselaraskan dalam menjayakan hasrat Kerajaan seperti yang digarisi dalam Dasar Belia Malaysia (DBM) dan Model Pembangunan Belia Madani 2030,” katanya. - Getaran, 21 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

Jambatan Bagan Datuk Dibuka Hari Ini

2

Semasa 1 hari yang lalu

Kenyataan MB Kedah, P. Pinang Milik Kedah Satu Hasutan - Ahmad Zahid

3

Semasa 3 hari yang lalu

Isu Gangguan Seksual Dipandang Serius, Langgar Hak Asasi Manusia

4

Politik 4 hari yang lalu

Mauduk Kita Orang Parti Perlu Diamal Secara Konsisten - Wan Rosdy

Sorotan

1

Isu kontrak CEO FINAS Ditamatkan Lebih Awal Bukanlah Suatu Kes Unik - Kamil Othman Ulas

2

FINAS: Penamatan Khidmat Dr Md Nasir Keputusan Lembaga Pengarah - Fahmi

3

Lelaki Didakwa Bunuh Teman Wanita Hamil

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tanggungjawab Generasi Kita Laksana MA63 - Anwar

Semasa 1 hari yang lalu

Peruntukan Tinggi Untuk Sabah Dan Sarawak Berdasarkan Keperluan - PM

Semasa 16 jam yang lalu

Kes Bunuh, Bakar Kekasih Hamil: Lelaki Didakwa Hari Ini

Semasa 5 jam yang lalu

Pulau Pinang Milik Kedah: Ini Bukan Kali Pertama, Sanusi Perlu Disiasat

oleh Ian McIntyre