web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dulu UMNO Dilabel Menutup Pintu Untuk Orang Muda Tapi Kini… - Dr Akmal

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2023 10:12AM

Dr Muhamad Akmal Saleh - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dr Muhamad Akmal Saleh menegaskan, kemenangan berganda dikecapi beliau pada Pemilihan UMNO 2023 baru-baru ini, bukan pencapaian untuk dibanggakan.

Sebaliknya, beliau berkata, kemenangan itu adalah harapan akar umbi yang mendambakan perubahan.

Pada pemilihan berkenaan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu memenangi kerusi Ketua Pemuda UMNO Malaysia dalam pengundian sayap, sebelum berjaya menduduki jawatan Ketua UMNO Bahagian Jasin ketika peringkat berkenaan.

“Kemenangan berganda ini bukanlah untuk dibanggakan 

“Tetapi ia adalah satu pengharapan di akar umbi yang benar-benar mahukan perubahan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Dr Akmal berkata, dahulu ramai anak muda tidak diberi peluang memimpin di dalam UMNO.

Katanya, ia menyebabkan UMNO dilabel sebagai parti yang ‘menutup pintu’ untuk orang muda.

Namun, Exco Kesihatan Melaka itu berkata, beliau dan rakan lain kini sudah membuktikan sebaliknya.

“Insyallah UMNO kini berada di landasan sebaiknya 

“Perubahan datang daripada diri kita

“Kini masa untuk bekerja,” katanya.

Selepas mencipta momen bersejarah dalam kerjaya politiknya dengan memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia 11 Mac lalu, beliau melakar kejayaan di bahagian berkenaan apabila memperoleh 340 undi, sekali gus menewaskan panyandang jawatan terbabit, Datuk Hasan Abd Rahman yang meraih 194 undi.

Saingan empat penjuru itu turut membabitkan ADUN Serkam, Datuk Zaidi Attan (151 undi) dan mantan Bendahari bahagian, Datuk Mohd Yusof Osman (21 undi).

Keputusan diumumkan Penyelia Pemilihan UMNO Bahagian Jasin, Abu Bakar Md Sudi.

Seramai 711 perwakilan membuang undi pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jasin di Dewan Alamanda, Jasin.

Malah, selepas diumumkan sebagai pemenang, Dr Muhamad Akmal ‘menterjemahkan’ kemenangannya itu  sebagai platform untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap parti berkenaan.

Walaupun mengakui tanggungjawab itu bukan mudah, beliau berkata, usaha terbabit sudah bermula selepas meraih undi majoriti pada Pemilihan UMNO Bahagian Jasin.

“Terima kasih atas kepercayaan perwakilan UMNO Jasin kepada kami untuk menjalankan tanggungjawab yang diberi.

“Kami sedar ia bukan perkara mudah untuk mengembalikan UMNO ke puncak, tetapi kami percaya ia sudah bermula dari kertas undi anda semua kepada kami semalam,” katanya. - Getaran, 20 Mac 2023

-ends-

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 2 tahun yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 8 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad