web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemimpin Kalah Menang Sejiwa Rawat UMNO, ‘Parti Ini Kita Jaga Bersama’

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2023 9:10PM

Wan Rosdy Wan Ismail (dua, kiri) mengangkat tangan ketika diperkenalkan sebagai calon Naib Presiden pada majlis pengenalan Calon-Calon Naib Presiden dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) bagi pemilihan UMNO 2023-2026 peringkat negeri, baru-baru ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Naib Presiden UMNO baharu, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan kejayaannya merebut tempat teratas bagi kerusi itu menuntut tanggungjawab lebih besar, berbanding nilai kemenangan terbabit.

Beliau berkata, ia kerana beliau perlu membantu Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan serta seluruh kepimpinan UMNO mengembalikan kegemilangan, terutama dalam keadaan parti yang cukup getir ketika ini.

“Berbekalkan pengalaman saya dalam mentadbir kerajaan dan juga parti, insya-Allah, saya akan gunakannya untuk membantu bagi membina semula kekuatan UMNO.

“(Ia) Agar parti keramat ini kembali bangkit dan kekal relevan untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada UMNO, terutamanya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) nanti,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Wan Rosdy yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang berkata, kekalahan parti itu pada PRU-15, menuntut seluruh ahli untuk merapatkan semula saf perjuangan dan memperkukuh kembali persaudaraan.

“Tuntutan merapatkan semula saf itu untuk memberikan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada UMNO agar mampu bangkit menjadi parti kuat.

“Oleh itu, saya berharap agar seluruh ahli UMNO terus istiqamah, mengembleng tenaga dan bekerjasama bagi memastikan perjuangan parti dapat diteruskan demi agama, bangsa serta tanah air,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai kemenangannya, Wan Rosdy berkata, kejayaan itu diraih atas bantuan semua pihak, terutama jentera kempen beliau yang berhempas pulas sepanjang dua minggu.

“Terima kasih saya ucapkan kepada semua perwakilan yang memberi sokongan, kepercayaan dan memberi saya satu daripada tiga kerusi jawatan ini,” katanya.

Memberikan ucapan senada adalah Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang turut memenangi kerusi Naib Presiden UMNO pada pemilihan kali ini.

Bagi mantan Menteri Besar Johor itu, kemenangan terbabit adalah tanggungjawab dan bukan sama sekali kemegahan.

Jelasnya, beliau akan melunaskan amanah terbabit dengan memberi keutamaan kepada mengembalikan semula perpaduan dalam parti dan menyifatkan masa berpolitik sudah berakhir.

“Saya menzahirkan ucapan terima kasih sedalamnya atas kepercayaan ahli UMNO untuk saya meneruskan tugas sebagai Naib Presiden,” ujarnya.

Selain itu, Mohamed Khaled berkata, sudah tiba masa untuk semua pihak di dalam UMNO bertaut kembali sebagai keluarga besar yang saling ‘bahu-membahu’, demi mengembalikan parti terbabit ke persada kepercayaan bangsa Melayu.

“Sempena kedatangan Ramadan ini, sangatlah elok untuk kita kembali mengukuhkan persahabatan kita demi UMNO, bangsa dan Islam. Segala khilaf semasa kempen pemilihan, mari kita lupakan dan saling maafkan.

“Era baru dalam UMNO mesti kita mulakan dengan semangat Ramadan yang menyeru untuk kita menyucikan diri dan kembali ke jalan rohani.

“Insyallah kita mulakan dengan mengikhlaskan diri untuk memulih, merawat dan membangunkan semula UMNO,” katanya.

Sementara itu, meskipun tewas dalam persaingan jawatan berkenaan, Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, beliau bersyukur kerana pesta demokrasi parti itu diraikan dalam suasana kekeluargaan cukup harmoni dan tertib.

Reezal ketika mengundi pada pemilihan UMNO semalam. - Gambar dari Facebook Reezal Merican Naina Merican
Reezal ketika mengundi pada pemilihan UMNO semalam. - Gambar dari Facebook Reezal Merican Naina Merican

Mantan Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu berkata, beliau juga menerima keputusan terbabit dengan baik serta yakin bahawa ketiga-tiga tokoh cukup disegani yang menenangi jawatan Naib Presiden, iaitu Wan Rosly, Mohamed Khaled dan Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani akan dapat menggalas amanah sebaik mungkin dalam membantu Presiden menakhodai parti melalui tempoh mencabar ini.

Jelasnya, kini adalah masa untuk kepimpinan baharu membawa UMNO ke mercu diharapkan ahli.

“Keputusan ini juga bermakna, khidmat saya di pentas MKT UMNO selama tempoh 10 tahun berakhir hari ini secara rasminya dan bakal diteruskan dengan barisan pimpinan MKT baharu.

“Semestinya saya sendiri serta semua ahli akan terus teguh berdiri bersama kepimpinan setiap masa.

“UMNO ini rumah kita, saat duka atau senang. UMNO ini laman kita bersama sebagai sebuah keluarga besar. UMNO ini kita tumpah setia, kita sentiasa bersama. Insyaallah, parti ini kita jaga bersama,” katanya. – Getaran, 19 Mac 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar