web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemilihan UMNO: Azlan Man, Mohamad Ali Gagal Pertahan Jawatan Ketua UMNO Bahagian

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2023 11:35AM

Azlan Man gagal mempertahankan jawatannya sebagai Ketua UMNO Bahagian Kangar, yang disandangnya sejak 2014 pada saingan Pemilihan UMNO yang berakhir, semalam - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man gagal mempertahankan jawatannya sebagai Ketua UMNO Bahagian Kangar, yang disandangnya sejak 2014 pada saingan Pemilihan UMNO yang berakhir, semalam.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis itu, tewas kepada bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya.

Fathul Bari yang juga calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kangar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lepas berjaya memperoleh 368 undi, untuk mengatasi Azlan yang hanya memperoleh 179 undi.

Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian serta Ahli MT bagi penggal 2023-2026 yang berakhir semalam, melibatkan 189 daripada keseluruhan 191 bahagian di seluruh negara. 

Ketika ini keputusan penuh masih belum diumumkan.

Sementara itu di Melaka, Persidangan Perwakilan Bahagian Tangga Batu turut menyaksikan kejutan apabila penyandang Ketua UMNO Bahagian yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad, tewas tipis dengan empat undi kepada Datuk Rais Yasin.

Rais yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, melakar kemenangan apabila memperoleh 282 undi berbanding Mohamad Ali yang mendapat 278 undi.

Sementara itu, Dr Muhamad Akmal Saleh yang pada Sabtu lepas menang jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, diumumkan sebagai Ketua UMNO Bahagian Jasin yang baharu.

Berdepan saingan empat penjuru, ADUN Merlimau itu juga melakar sejarah apabila menjadi pemimpin paling muda pada usia 35 tahun memegang jawatan tersebut, selepas menewaskan penyandangnya Datuk Hasan Rahman dengan meraih 340 undi berbanding 194 undi.

Dua lagi calon yang tewas adalah ADUN Serkam yang juga Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Zaidi Attan (151 undi) dan bekas Bendahari Bahagian Datuk Mohd Yusof Osman (21 undi). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 2 tahun yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad