web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tidak Rasmi: Wan Rosdy Menang Naib Presiden UMNO, Tengku Zafrul Isi Kerusi MKT

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2023 7:08AM

Menurut Facebook UMNO Online setakat jam 1.30 pagi tadi, Wan Rosdy Wan Ismail mendapat 98 undi dari bahagian - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail terus mendahului tujuh pencabarnya untuk menempah kemenangan jawatan Naib Presiden bagi sesi 2023-2026.

Menurut keputusan tidak rasmi Pemilihan UMNO 2023 peringkat bahagian dan pusat yang dipaparkan menerusi Facebook UMNO Online setakat jam 1.30 pagi tadi, Wan Rosdy mendapat 98 undi dari bahagian.

Jumlah tersebut melepasi separuh dari 189 bahagian UMNO yang bersidang semalam.

Setakat jam 1.30 pagi tadi, Mohamed Khaled Nordin mendapat 90 undi dari bahagian - Gambar Fail
Setakat jam 1.30 pagi tadi, Mohamed Khaled Nordin mendapat 90 undi dari bahagian - Gambar Fail

Turut mengekori rapat Menteri Besar Pahang itu ialah penyandang Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang mendapat 90 undi dari bahagian.

Seorang lagi calon bagi jawatan itu, Datuk Seri Johari Abdul Ghani turut mengisi kedudukan tiga teratas dengan meraih 80 undi dari bahagian.

Ketiga-tiga calon itu hampir pasti mengisi tiga slot jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan kali ini.

Sementara itu, calon tunggal wanita, Datuk Seri Azalina Othman Said menduduki tempat keempat dengan meraih undi dari 51 bahagian.

Walaupun gagal mengisi tiga slot teratas jawatan itu, beliau bagaimanapun berjaya mempertahankan jawatannya sebagai Ketua UMNO Bahagian Pengerang pada pemilihan kali ini.

Calon tunggal wanita, Azalina Othman Said menduduki tempat keempat dengan meraih undi dari 51 bahagian - Gambar Fail
Calon tunggal wanita, Azalina Othman Said menduduki tempat keempat dengan meraih undi dari 51 bahagian - Gambar Fail

Sementara itu, bagi jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, antara lima pemimpin terawal melepasi separuh undi dari 189 bahagian.

Beliau menduduki tempat ketiga dengan meraih 106 undi dari bahagian, sekali gus menempah kedudukan mengisi 25 kerusi yang dipertandingkan bagi jawatan itu.

Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah turut mengesahkan kemenangan bagi jawatan itu selepas mendahului di depan dengan memperoleh 109 undi dari bahagian.

Turut mengekori rapat Shamsul di tempat kedua ialah, Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dengan mendapat 107 undi dari bahagian.

Selain itu, Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin meraih 102 undi dari bahagian manakala Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan pula memperoleh 101 undi.

Seramai 95 calon merebut jawatan itu pada pemilihan UMNO kali ini.

Seramai 95 calon merebut jawatan itu pada pemilihan UMNO kali ini - Gambar oleh Syeda Imran
Seramai 95 calon merebut jawatan itu pada pemilihan UMNO kali ini - Gambar oleh Syeda Imran

Pemilihan UMNO diadakan bermula pada 1 Februari dengan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan dan Pemilihan Jawatankuasa Cawangan, Wanita, Pergerakan Pemuda serta Pergerakan Puteri Cawangan.

Ia diikuti Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian bersama Pemilihan Exco Wanita, Exco Pergerakan Pemuda dan Exco Pergerakan Puteri UMNO Pusat, diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac lalu.

Keputusan bagi kerusi Ketua Wanita UMNO dimenangi penyandang jawatan itu, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, manakala Ketua Pemuda dan Ketua Puteri, masing-masing menjadi milik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Mohamad Akmal Saleh serta Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi. 

Pemilihan UMNO berakhir semalam dengan berlangsungnya Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian, bersama pemilihan Ahli Majlis Tertinggi (MT).

Menurut laporan, pemilihan kali ini membabitkan lebih 100,000 perwakilan membabitkan 189 bahagian UMNO seluruh negara yang melaksanakan tanggungjawab menentukan kepimpinan peringkat bahagian, MKT dan Naib Presiden UMNO, bermula jam 9 pagi semalam. – Getaran, 19 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Tinggalkan Mandat Anda’ - Azalina

2

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

3

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

4

Semasa 6 bulan yang lalu

14,000 Kes Buli Setahun Faktor Penggubalan Akta Anti-Buli Dipercepat - Azalina

Sorotan

1

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

2

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

3

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

4

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

5

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 21 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini