web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Di Luar Berlagak Seperti Pahlawan, Dalam Parlimen Pengecut - Saifuddin

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2023 7:05PM

Saifuddin Nasution Ismail - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hari ini mengecam pemimpin kanan pembangkang kerana sikap pengecut mereka untuk berdepan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen.

Ini berbeza dengan tindakan mereka ketika di luar Parlimen yang lantang mengkritik Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dan Kerajaan Perpaduan diterajuinya.

Beliau berkata demikian merujuk kepada sesi Soal Jawab (PMQ) Perdana Menteri yang diperkenalkan dalam persidangan Dewan Rakyat ketika ini, yang memperuntukkan 30 minit setiap Selasa untuk Ahli Parlimen mengemukakan sebarang soalan kepada Anwar.

Saifuddin berkata sejak PMQ diperkenalkan di Parlimen, tiada seorang pun daripada tiga pemimpin kanan PN pernah mengemukakan soalan kepada Perdana Menteri.
Saifuddin berkata sejak PMQ diperkenalkan di Parlimen, tiada seorang pun daripada tiga pemimpin kanan PN pernah mengemukakan soalan kepada Perdana Menteri.

Saifuddin berkata, walaupun PMQ diperkenalkan, tiada seorang pun daripada tiga pemimpin kanan Perikatan Nasional (PN) sama ada Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, pernah mengemukakan soalan kepada Perdana Menteri.

“Parlimen adalah tempat untuk semak dan imbang serta memantau dasar kerajaan, melalui perbahasan.

“Perdana menteri berdiri di tempatnya selama 30 minit menjawab sebarang soalan. Saya perhatikan, dalam beberapa minggu sejak (PMQ diperkenalkan), Ketua Pembangkang tidak muncul, Pagoh (Muhyiddin) tidak kelihatan, malah bayang Marang (Hadi) pun kita tidak nampak.

“Di luar, kamu berlagak seperti pahlawan mempertahankan bangsa dan agama. Tetapi apabila bercakap tentang perbahasan di Parlimen, kamu takut untuk berdepan dan berlawan seperti lelaki sejati,” katanya semasa Kongres PKR di sini, hari ini. – The Vibes, 18 Mac 2023

BERITA SELANJUTNYA MENYUSUL.

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan