web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemilihan: Harap Keputusan Jadi Langkah Kebangkitan Semula UMNO - Zahid

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2023 1:37PM

Dr Ahmad Zahid Hamidi mengundi bagi pemilihan UMNO Bahagian Bagan Datuk di Kompleks UMNO Bagan Datuk hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BAGAN DATUK - Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap keputusan yang akan dibuat di 189 bahagian pada pemilihan parti hari ini, akan menjadi satu langkah kepada kebangkitan semula parti itu.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata kepimpinan yang terpilih menerusi keputusan yang dibuat perwakilan, bukan sahaja membabitkan pusat bahkan turut melibatkan peringkat negeri dan bahagian, perlulah bergerak seiring dan bekerja sebagai satu pasukan, dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

“Sama ada tokoh-tokoh itu dikenali atau pun sedang dikenali atau tidak dikenali langsung, UMNO sangat demokratik dengan kaedah untuk menjadi calon hanya perlu mendaftarkan diri setelah cukup tempoh untuk melayakkan mereka sebagai calon.

“Apa yang saya harapkan, keputusan yang akan dibuat di 189 bahagian, ia akan menjadi satu langkah untuk UMNO bangkit 2.0,” katanya ketika ditemui pada Mesyuarat Pemilihan UMNO Bahagian Bagan Datuk, di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri, menegaskan demokrasi dalam UMNO terus subur dengan memperlihatkan ramai calon menawarkan diri, meskipun dikatakan sedang mengalami zaman ‘malap’.

Pemilihan UMNO diadakan bermula pada 1 Februari dengan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan dan Pemilihan Jawatankuasa Cawangan, Wanita, Pergerakan Pemuda serta Pergerakan Puteri Cawangan.

Ia diikuti Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian bersama Pemilihan Exco Wanita, Exco Pergerakan Pemuda dan Exco Pergerakan Puteri UMNO Pusat, diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac lepas.

Pemilihan UMNO berakhir hari ini dengan berlangsungnya Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian, bersama pemilihan Ahli Majlis Tertinggi (MT).

Sementara itu, Ahmad Zahid berharap Ahli MT yang dipilih dapat memperkukuh parti, selain menegaskan UMNO perlu keluar daripada kepompong konvensional kepada pendigitalan, bagi meraih sokongan pengundi termasuk pengundi baharu.

“Harapan saya agar kita pilih calon-calon yang terbaik dalam kalangan yang terbaik, agar kita tidak tersalah pilih kali ini biar pun saya meraikan perbezaan pandangan dan pendapat, tetapi kita jangan berbeza pendirian apabila parti membuat keputusan terutama keputusan besar.

“Kini kita berada dalam Kerajaan Perpaduan dan kita mendukung cita-cita Malaysia MADANI dan kita sebahagian daripada kerajaan.

“Maka keserasian antara UMNO dan parti komponen Barisan Nasional bersama parti yang mendukung Kerajaan Perpaduan ini mula terjamin, bukan saja di peringkat nasional, negeri, kawasan Parlimen dan DUN (Dewan Undangan Negeri) malah yang penting di peringkat PDM (pusat daerah mengundi) dan lokaliti,” katanya.

Menyentuh mengenai kekalahan anaknya Datuk Nurulhidayah yang gagal memenangi jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Bagan Datuk pada pemilihan kali ini, Ahmad Zahid berkata keputusan itu membuktikan bahawa tiada campur tangan yang berlaku di semua peringkat.

“Saya mengambil langkah-langkah profesional agar kepimpinan tertinggi tidak perlu campur dalam pemilihan ini sebagaimana yang saya sebut, pilihlah yang terbaik dalam kalangan yang baik-baik, termasuk anak sendiri,” katanya.

Pada pemilihan itu, Nurulhidayah tewas penyandangnya, Zarozatin Isa. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 2 tahun yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad