Berita Terkini

8 jam yang lalu: Anwar puji sikap Hun Sen yang hormati kaum Muslim 9 jam yang lalu: Anwar bakal umum pelaburan penting baharu semasa lawatan ke China 9 jam yang lalu: Bazar Ramadan Rahmah di 38 lokasi seluruh negara 9 jam yang lalu: Karate sasaran lubuk emas negara di Sukan SEA - CDM 9 jam yang lalu: Malaysia-Turkiye boleh terokai kerjasama baharu industri aeroangkasa - Ahmad Zahid

IKUTI KAMI


UMNO Tidak Kompromi Soal Agama, Bangsa Tapi Santuni Semua

Politik Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2023 7:11AM

Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO menyantuni agama lain, dengan tiada paksaan untuk mengajak mana-mana individu bersama-sama parti itu atau penganutnya memeluk Islam - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – UMNO tidak pernah berkompromi dengan mana-mana pihak untuk menggadaikan maruah Islam atau Melayu dalam perjuangan politik parti itu.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, malah UMNO sentiasa mempertahankan prinsip Rukun Islam dan Rukun Iman.

Namun, katanya, pada masa sama UMNO menyantuni agama lain, dengan tiada paksaan untuk mengajak mana-mana individu bersama-sama parti itu atau penganutnya memeluk Islam.

“Tetapi apabila kita menyantuni dengan kita meraikan perbedaan pendapat, ada akhlak dia, ada metodologi yang harus kita ikuti.

“Bagaimana perbedaan pendapat dengan kepelbagaian dalam pelbagai aspek yang harus disantuni,” katanya pada program temu bual khas bersama Timbalan Perdana Menteri menerusi platform Agenda Awani Pasca 100 Hari Kerajaan Perpaduan malam tadi.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan segelintir pihak membangkitkan isu berkaitan sentimen agama dan bangsa yang disifatkan helah, bagi mengalihkan perhatian rakyat daripada membicarakan perkara penting lain.

Mengulas mengenai pemilihan UMNO Sabtu lalu pula, Ahmad Zahid berkata, setiap calon yang memenangi persaingan itu adalah ‘orang beliau’, memandangkannya adalah Presiden parti berkenaan.

“Semua orang saya sebab saya Presiden UMNO, saya tidak mahu ada kabilah di dalam parti kerana apa yang penting mereka yang menawarkan diri sama ada (untuk) jawatan Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri, mereka semua jumpa dengan saya untuk mendapat restu.

“Saya tidak ada menghalang untuk mereka bertanding,” katanya.

Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata, jika benar beliau memihak dan mahu memastikan calon tertentu berjaya, lebih baik memenangkan anaknya sendiri, Datuk Nurulhidayah untuk kerusi Ketua Wanita UMNO Bagan Datuk yang ditandingi.

“Jelas beliau kalah, kalau saya menyokong seseorang (calon) sebagai Ketua Wanita UMNO Malaysia ini, bagaimana bahagian saya (di Bagan Datuk) juga menyokong orang lain kalau saya dikatakan memihak.

“Dalam perkara ini saya sangat praktikal bahawa hak perwakilan adalah memilih yang terbaik dalam kalangan baik-baik dan saya memberikan jaminan,” katanya. – Getaran, 15 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 18 jam yang lalu

Ahmad Zahid Dibenar Simpan Pasport Untuk Perjalanan Rasmi - Mahkamah Rayuan

2

Semasa 23 jam yang lalu

Individu Tak Mampu Beri Sumbangan Kepada Organisasi Tidak Akan Dilantik - Ahmad Zahid

3

Politik 1 hari yang lalu

Lantik Individu Tewas Pegang Jawatan, UMNO Parti Kering Idea?

4

Semasa 2 hari yang lalu

Syarikat Korporat, Individu Disaran Selaraskan Bantuan Ramadan, Aidilfitri

Sorotan

1

Benar Kata PM, KWSP Hanya Patut Dikeluarkan Selepas Bersara – MTUC

2

Sudah Tiba Masa Perkasa Pengurusan Air

3

Dakwa Difitnah, Guan Eng Saman Muhyiddin

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

APMM Kelantan Tahan 4 Bot, 31 Nelayan Vietnam Ceroboh Perairan Negara

Luar Negara 1 hari yang lalu

Sekurang-Kurangnya 25 Terbunuh Apabila Taufan Badai Mississippi

Semasa 13 jam yang lalu

Malaysia, Kemboja Tingkatkan Kerjasama Dalam Pelbagai Sektor

Semasa 1 hari yang lalu

Pecah Monopoli: Tiada Isu Kekurangan Tenaga Kerja - Sivakumar