Berita Terkini

21 minit yang lalu: Polis kesan pasangan suami isteri, guna kad ATM milik pesara 22 minit yang lalu: Syarikat mega Alibaba berpecah kepada 6 entiti 23 minit yang lalu: Raja Charles dalam lawatan 3 hari ke Jerman 23 minit yang lalu: Ahli dewan rakyat perlu jalani pemeriksaan kesihatan setahun sekali - TPM 24 minit yang lalu: Mengaku jual 1,245 unit kasut tiruan, peniaga didenda RM30,000

IKUTI KAMI


Hannah Jawab ‘Fitnah’ BERSATU Mengenai Penyebaran Agama Lain Terhadap Belia Islam

Politik Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2023 7:32PM

Hannah ‘menyekolahkan’ pemimpin BERSATU kerana didakwa menuduhnya menyebarkan agama Kristian kepada golongan muda Muslim. - Gambar Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh hari ini, ‘menyekolahkan’ pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kerana didakwa menuduhnya menyebarkan agama Kristian kepada golongan muda Muslim menerusi program dianjurkan sebuah syarikat yang mengadakan kerjasama dengan kementeriannya.

Semasa perbahasan peringkat jawatankuasa mengenai Belanjawan 2023, Hannah menjelaskan bahawa inisiatif dilaksanakan syarikat itu, Impact Integrated untuk mengadakan lawatan ke tempat ibadah tidak membabitkan mana-mana belia Islam.

“Ini bercanggah dengan dakwaan di media sosial dan kumpulan sembang bahawa saya menggunakan program terbabit untuk mendedahkan golongan muda Islam kepada agama Kristian,” katanya.

Hannah turut menjelaskan, syarikat itu sudah menganjurkan lawatan ke masjid pada 4 Mac lalu dan gurdwara 11 Mac, dengan semua pesertanya adalah bukan Islam.

Program di bawah Impact Integrated dikenali Impact Malaysia itu, membabitkan penganjuran acara, Jom Ziarah.

Malah, bagi mengelakkan dakwaan itu menjadi lebih ‘panas’, Hannah menjelaskan program terbabit tidak bertujuan untuk mewujudkan sebarang persepsi bahawa taraf semua agama adalah sama di bawah Perlembagaan Persekutuan, seperti diperkatakan di media sosial.

Sebaliknya, program itu diadakan bagi memupuk persefahaman dan toleransi lebih baik dalam kalangan agama berbeza, membabitkan belia di Malaysia.

‘Jangan hipokrit’

Pada masa sama, Hannah menegaskan, sebagai pembuat undang-undang berpengalaman, beliau amat mengetahui hak keistimewaan Islam, seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Sebagai mantan Speaker DUN (Dewan Undangan Negeri) Selangor dari 2013 hingga 2018 dan menjadi ADUN (Ahli Dewangan Undangan Negeri) selama 10 tahun, saya sedar berhubung undang-undang yang mengharamkan ‘evangelism’.

“Jadi dengan memfitnah saya kononnya saya menggunakan agenda di bawah kementerian untuk tujuan seperti itu (mendakwahkan belia Islam) adalah melampau dan hanya menjadikan saya ‘punching bag’ (kambing hitam) untuk menutup kesalahan didakwa dilakukan pemimpin mereka,” katanya merujuk kepada pemimpin BERSATU yang terbabit dalam pertuduhan jenayah berhubung dakwaan penyelewengan dana kerajaan.

“Saya tidak bercakap mengenai PAS. Saya bercakap mengenai BERSATU yang memfitnah saya,” katanya.

Selain itu, Hannah membangkitkan mengenai kemunafikan berhubung kononnya penggubal undang-undang dipilih untuk memainkan sentimen perkauman dan agama apabila akan mengunjungi tempat ibadat agama lain untuk meraih sokongan.

Beliau kemudian meminta pemimpin yang memfitnahnya mengenai perkara itu supaya menganalisis kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pada 2 Oktober 2018 bahawa tidak menjadi kesalahan untuk Muslim mengunjungi tempat ibadat agama lain, dengan syarat mereka tidak menyertai upacara keagamaan atau memakai pakaian seperti agama terbabit.

Malah, beliau memetik kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang ketika lawatannya ke sebuah gereja di Miri, Sarawak pada 2015 bahawa ‘pertukaran’ idea adalah menarik bagi memupuk persefahaman lebih baik dalam masyarakat majmuk, terutama di negeri Bumi Kenyalang itu.

“Penggubal undang-undang PN, sila berbincang antara satu sama lain sama ada anda berkongsi pandangan sama, sebelum menyerang lawan anda.

“Anda (BERSATU) tidak boleh kata golongan muda (Islam) tidak boleh masuk gereja, tetapi PAS kata sebaliknya ... ini akan menimbulkan kekeliruan,” sindirnya.

Kenyataan Hannah itu menyebabkan Naib Presiden BERSATU yang juga Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin bangun dan mengingatkan Hannah supaya tidak mencampurkan isu dihadapi kementeriannya dengan perkara lain.

Bagaimanapun, Radzi diminta duduk oleh Timbalan Speaker, Alice Lau yang meminta Hannah meneruskan ucapannya.

Tiada lagi pertindihan

Mengulas lanjut, Hannah turut menjelaskan kementeriannya tidak akan lagi menjalankan program bertindih dengan kementerian lain.

Keputusan itu susulan Ahli Parlimen pembangkang mencadangkan inisiatif di bawah Bersepadu Impak untuk menggalakkan toleransi sosial yang lebih baik, dipindahkan di bawah Kementerian Perpaduan Negara.

“Semasa saya mula-mula memasuki Kementerian Belia dan Sukan, terdapat program lain diterajui belia, seperti membabitkan pertanian, keusahawanan dan perpaduan negara.

“Bermula hari ini, kami akan memastikan tiada lagi pertindihan program kerajaan,” katanya.

Sebagai respons kepada dakwaan itu, Impact Malaysia menyatakan bahawa program Projek Artikel 11: Jom Ziarah Gereja dan lawatan kuil yang akan diadakan antara 18 dan 19 Mac itu adalah lawatan ketiga dan keempat mereka, sebagai program kesedaran berterusan pihaknya.

Program itu bertujuan mendedahkan belia Malaysia kepada budaya dan kepercayaan pelbagai negara, selain meningkatkan keterangkuman melalui lawatan serta aktiviti sukarelawan di Lembah Klang.

Ia selepas pihaknya sudah menjalankan program lawatan masjid ke Masjid Wilayah Persekutuan pada 4 Mac lalu, membabitkan lapan peserta bukan Islam, sekali gus bertentangan dengan tuduhan dilemparkan pihak tertentu.

Impact Malaysia turut mengesahkan sudah menganjurkan lawatan ke Gurdwara Sahib di Shah Alam membabitkan tiga peserta bukan Islam. - The Vibes, 14 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Kelantan Setuju Hos SUKMA 2028, ‘PAS Fitnah Saya Lagi…’

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Program Jom Ziarah Gereja Esok Dibatalkan Selepas Terima Bantahan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Program Pengaruh Umat Islam Minat Agama Lain Salah Di Sisi Undang-Undang

4

Sukan 2 minggu yang lalu

Hannah Akan Bertemu Zii Jia Susulan Penyingkirannya Dari Terbuka Jerman

Sorotan

1

Henti Pelepasan Cukai Pencarum SSPN Kurang Tepat, ‘Saya Beri 3 Sebab’ - Syed Saddiq

2

Projek Pasar Chow Kit Tidak Pernah Terbengkalai, Dijangka Siap 2025

3

Tubuh Task Force Selaras Agihan Bantuan Dengan YKN Di Setiap Negeri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Charles Santiago Kembali Terajui SPAN Selepas Dipecat Pada 2020

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

TH Laksana Pelbagai Langkah Tangani Kenaikan Kos Haji Berterusan - Menteri

oleh Farhana Farush

Luar Negara 1 hari yang lalu

AS: Penyerang Tembak Mati 6 Orang Dikenalpasti Sebagai Audrey Hale

Semasa 8 jam yang lalu

UMNO Guna Lambang Dacing Pada PRN 6 Negeri - Ahmad Zahid