Berita Terkini

53 minit yang lalu: Perumahan bermasalah beri kesan tidak langsung kepada 125,000 isi rumah- Akmal Nasrullah 2 jam yang lalu: Lawatan negara Presiden Singapura Halimah Yacob ke Malaysia bukti hubungan kukuh, persaudaraan erat kedua-dua negara dan rakyat - Agong 2 jam yang lalu: Polis sedang siasat video tular dua lelaki hina Nabi - Saifuddin 3 jam yang lalu: Kelantan beri bantuan Hari Raya RM700 kepada penjawat awam negeri - Menteri Besar 4 jam yang lalu: Cadangan cagaran KWSP bagi pembiayaan kewangan bank tidak bercanggah dengan Seksyen 51, Akta KWSP - PM Anwar

IKUTI KAMI


Akmal Mahu Hadkan Umur Ketua Pemuda Kurang 40 Tahun, Wujud ‘Pasukan UMNO’

Politik Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2023 7:00AM

Dr Muhamad Akmal Saleh - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh, 34, berazam membawa beberapa perubahan selepas memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO, termasuk menggubal Perlembagaan sayap parti itu bagi memastikan umur pemimpin nombor satunya mestilah di bawah 40 tahun.

Menurutnya, beliau yakin penetapan had umur di bawah 40 tahun akan memenuhi kemahuan golongan muda yang mengharapkan perkara ‘luar biasa’ daripada Pemuda UMNO, seterusnya mampu menarik mereka untuk menerima parti itu semula.

Sebagai orang muda dan satu-satunya calon jawatan itu yang berusia di bawah 40 tahun, Dr Muhamad Akmal berkata, beliau akan berusaha melaksanakan beberapa perkara dianggap luar daripada norma UMNO.

“Selama ini orang tak berani nak buat, tetapi kali ini biarlah ia bermula dengan diri saya, insya-Allah sebab kita nak menghasilkan generasi pelapis yang datang dalam Pemuda UMNO.

“Jadi sudah tentu apabila saya duduk dalam jawatan Ketua Pemuda UMNO ini, antara yang pertama adalah bagaimana nak menghasilkan satu pengharapan dan kepercayaan rakyat terhadap sayap, dia nak nampak kita berubah.

“Hakikatnya golongan muda menolak UMNO, termasuk ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), tetapi apabila Ketua Pemuda itu di bawah umur 40 tahun, sudah tentu mereka mengharapkan sesuatu perkara luar biasa daripada sayap ini,” katanya menerusi rakaman video malam tadi.

Dr Muhamad Akmal berkata, sayap parti itu juga sudah mengenal pasti beberapa tindakan untuk merapatkan jurang perpecahan yang berlaku sebelum ini di bawah satu kumpulan, iaitu ‘pasukan UMNO’.

Malah, beliau menolak dakwaan bahawa wujud kumpulan berpecah-belah, kem tertentu dan pengkhianat dalam UMNO, dengan perkara itu boleh dilihat pada keputusan pemilihan Ketua Pemuda malam tadi.

Katanya, majoriti besar undi diterima beliau itu terbukti menunjukkan wujudnya kesepaduan Pemuda UMNO.

“Kita boleh tengok kalau saya menang satu (atau) dua majoriti, ia mungkin kita akan rasakan ada kem berpecah, tapi dengan majoriti agak tinggi ini, ia menunjukkan bahawa kini, UMNO mesti kena datang dengan satu pasukan kuat.

“Ia (pasukan) dia tak berpecah di peringkat bawahan, sebab yang berpecah ini ia bukan di peringkat bawahan sangat, yang berpecah ni kadang-kadang di peringkat atasan.

“(Jadi) yang dipilih dari bawah (seperti saya), diangkat ke peringkat atasan ini, sudah tentu ia adalah antara tugasan saya untuk bagi tahu bahawa tiada langsung kem,” ujarnya.

Mengulas mengenai pencapaian membanggakannya itu, Dr Muhamad Akmal berkata, ia menunjukkan ada sinar perubahan dimahukan di peringkat Pemuda UMNO untuk melihat parti berkenaan bukan hanya parti golongan ‘elitis’, malah anak kampung juga boleh menjadi pemimpinnya.

“Jadi insya-Allah, kita akan memberikan satu pengharapan baharu kepada semua ahli UMNO dan perubahan itu akan bermula daripada Pemuda parti ini,” katanya.

Ditanya adakah keputusan pemilihan Pemuda itu akan turut mencerminkan perubahan pada pemilihan UMNO 18 Mac nanti, iaitu mampu memberikan kemenangan terhadap individu atau majoriti di luar jangka, beliau tidak menafikan perkara terbabit.

“Hari ini (semalam) kalau kita tengok bukan sahaja di peringkat kebangsaan, tapi di peringkat cawangan, ramai ahli kita ke depan dan mengambil tanggungjawab dalam parti serta membuat sesuatu perubahan.

“(Ia) Terbukti apabila saya menang, saya ini adalah calon ‘underdog’ (kurang menonjol), tetapi akhirnya akar umbi memilih orang dari akar umbi untuk ke atas, jadi sudah tentu kali ini suara akar umbi itu menjadi satu tunjangan utama untuk menerajui Pemuda UMNO,” tegasnya.

Pada masa sama, Dr Muhamad Akmal memberi jaminan bahawa Pemuda UMNO di bawah pentadbirannya akan berani menegur kepimpinan parti dengan lebih lantang.

“Sudah tentu, saya rasa ramai orang kenal saya siapa, apa yang betul tetap betul apa yang salah tetap salah, tetapi menegur kepimpinan ni mesti ada cara dan adabnya, jadi kalau boleh dalam berparti ni, kalau nak tegur mestilah berada dalam meja perundingan.

“Selepas meja perundingan, paling penting adalah kita nak bawa kesepakatan dalam parti, kita nak tunjukkan kepada rakyat bahawa kita ini tidak berpecah,” katanya.

Keputusan rasmi pemilihan Pemuda UMNO Sesi 2023-2026 itu, menyaksikan Dr Muhamad Akmal mendahului undi bagi kerusi nombor satu sayap berkenaan dan perkara terbabit turut dikongsikan mantan Ketua Pemuda, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki di Twitter.

Dr Muhamad Akmal melepasi majoriti mudah 96 undi, sekali gus melayakkan beliau memegang jawatan itu.

Berdasarkan paparan ‘Keputusan Terkini Undi’ dikongsikan Asyraf Wajdi itu juga, Dr Akmal Salleh memperoleh 102 undi.

Manakala, dua pencabarnya, mantan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Mohd Shahar Abdullah dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah, masing-masing memperoleh 15 dan enam undi.

Selain Mohd Shahar dan Armand Azha, Dr Muhamad Akmal yang juga Ketua Pemuda UMNO Jasin bersaing dengan Meor Hassan Mat Ali dalam misi merebut jawatan itu pada pemilihan parti kali ini.

Mana-mana calon yang memperoleh lebih 96 calon akan memenangi persaingan itu, sekali gus dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO baharu, bagi menggantikan Asyraf Wajdi yang tidak mempertahankan jawatan berkenaan.

Pemilihan Ketua Pemuda UMNO yang diadakan hari ini, menyaksikan 189 bahagian memilih pemimpin jawatan itu yang akan mewakili mereka.

Turut berlangsung semalam adalah pemilihan Wanita dan Puteri. - Getaran, 12 Mac 2023

Sorotan

1

Naik Van Sekolah 5 Hari Untuk Mac, Bayaran Tetap Penuh Hingga RM1,000?

2

Pembatalan Lesen Senjata Api, Mengapa Atlet Menembak Turut Terbabit?

3

Pemimpin Baharu 3 Sayap UMNO Perlu Berdedikasi, Jalankan Amanah Seikhlas Hati - Presiden

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Bilangan Projek PPR Di Sabah Adalah Terbesar Di Malaysia

Politik 1 hari yang lalu

Rundingan Kerusi PRN Berjalan Lancar - Anwar

oleh Danial Dzulkifly

Semasa 20 jam yang lalu

Terpulang Kepada Syarikat Penerbangan Laksana SOP Patuh Syariah – Anthony Loke

oleh Susan Albert

Semasa 1 hari yang lalu

PM Layan Pelbagai Soalan, Ragam Belia Pada Program 'Temu Anwar'