web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Wan Saiful Yakin PN Mahu Muhyiddin Kekal Sebagai Pengerusi

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2023 6:54PM

Wan Saiful Wan Jan menyatakan keyakinannya bahawa PN menyokong Muhyiddin Yassin untuk mengekalkan jawatannya - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Wan Saiful Wan Jan yakin, rakan pemimpin Perikatan Nasional (PN) mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai presiden parti dan pengerusi gabungan tersebut.

Bercakap kepada pemberita pada Perhimpunan Agung Tahunan Pemuda BERSATU (ARMADA) di sini, hari ini Wan Saiful menyatakan keyakinannya bahawa PN menyokong Muhyiddin untuk mengekalkan jawatannya.

“Dengan menjadi Presiden BERSATU, beliau (Muhyiddin) dilantik sebagai Pengerusi PN. Saya pasti semua orang dalam PN mahu beliau kekal (sebagai pengerusi gabungan itu),” katanya.

Menurut Wan Saiful, keadaan menyelubungi peletakan jawatannya sebagai Ketua Penerangan BERSATU berbeza dengan situasi dialami Muhyiddin ketika ini.

“(Muhyiddin) berbeza dengan saya (kerana) saya dilantik (ketua penerangan parti), manakala beliau dipilih (presiden) oleh ahli parti.

“Saya bertanggungjawab untuk melepaskan tugas (parti) saya,” katanya mengenai tindakan beliau selepas didakwa atas tuduhan rasuah.

Bulan lalu, Wan Saiful didakwa meminta dan menerima rasuah bernilai RM6.9 juta untuk membantu firma swasta mendapatkan kontrak kerajaan bernilai RM232 juta di bawah inisiatif Jana Wibawa yang diperkenalkan semasa Muhyiddin menjadi Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu kemudian mengumumkan keputusan melepaskan jawatannya sebagai Ketua Penerangan BERSATU, sambil menambah beliau ingin dilihat ‘berbeza daripada kluster mahkamah’.

Wan Saiful merujuk kepada ahli politik UMNO yang memegang jawatan ketika berdepan pertuduhan rasuah.

Semalam, Muhyiddin mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk mendapatkan rasuah RM232.5 juta dan dua lagi pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM195 juta.

Ahli Parlimen Pagoh itu dalam sidang medianya semalam memaklumkan, beliau menyerahkan kepada Majlis Tertinggi BERSATU untuk menentukan nasib jawatan presidennya. – The Vibes, 11 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Dipecat Daripada BERSATU, 2 ADUN Kedah Masih Kekal Dalam Jawatan - Sanusi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

3

Politik 1 tahun yang lalu

‘Kerajaan Sentiasa Terbuka Untuk Bincang Pinda Akta Lompat Parti’ - PM

4

Politik 1 tahun yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan