web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Kita Tengok Pula Jika Dia Dikerumun Lepas Ini’

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2023 2:21PM

Status di Facebook Najib itu turut disertakan dengan tangkap layar tajuk berita itu berkenaan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hantaran status terbaru di Facebook mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib di Facebook hari ini, mendapat perhatian warga maya apabila ia seolah-olah ‘menyindir’ kenyataan pernah dibuat Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini berdepan pertuduhan di mahkamah.

“Kita tengok pula jika dia dikerumun lepas ini,” menurut hantaran itu.

Ia susulan tajuk laporan media pada 3 Mac 2022 memetik kata-kata Muhyiddin yang mendakwa orang ramai mengerumuni Najib, ketika mantan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu mengadakan kempen kerana ingin melihat ‘perompak’ dengan lebih dekat.

“Orang kerumun Najin sebab nak tengok ‘perompak’ lebih dekat, kata Muhyiddin,” katanya.

Muhyiddin juga dilaporkan berkata, sambutan menggalakkan pada kempen dihadiri Najib tidak bermakna beliau disokong rakyat.

Status di Facebook Najib itu turut disertakan dengan tangkap layar tajuk berita itu berkenaan.

Muat naik status itu menerima 18,100 respon, 2,900 komen dan dikongsi semula sebanyak 432 kali, setakat berita ini disiarkan.

Semalam, Muhyiddin didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas enam pertuduhan, iaitu empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), manakala dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram RM195 juta.

Bagaimanapun, Muhyiddin, 75, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim, Azura Alwi.

Hakim Azura kemudian memerintahkan Muhyiddin diikat jamin sebanyak RM2 juta dengan dua penjamin dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai. - Getaran, 11 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Titah Adendum: Najib Fail Rayuan Untuk Tahanan Rumah

3

Kolum 5 bulan yang lalu

Najib Razak: Segalanya Telah Berakhir

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Kes Najib: Hormati Keputusan Hakim, Tangani Isu Dengan Bijaksana - PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad