web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Muhyiddin Tidak Seperti Najib - Wan Fayhsal

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2023 1:10PM

Wan Ahmad Fayhsal berkata Muhyiddin tidak pernah terlibat dalam 1MDB yang merupakan antara skandal terbesar dunia. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Walaupun kedua-duanya didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah, pertuduhan dihadapi mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Najib Razak tidak sama.

Demikian menurut Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) BERSATU, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang menegaskan tuduhan terhadap presiden partinya tidak boleh disamakan dengan penglibatan Najib dalam skandal kewangan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang dikenali di seluruh dunia.

“Saya ingin mengingatkan rakyat bahawa (Muhyiddin) bukan (Najib). (Muhyiddin) tidak pernah terlibat dalam 1MDB yang merupakan antara skandal terbesar dunia.

“Orang Melayu akan tahu membezakan antara berlian dan kaca,” katanya semasa ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Tahunan ARMADA di sini, hari ini. - The Vibes, 11 Mac 2023

Wan Fayhsal kemudian memberitahu pemberita bahawa majlis tertinggi parti akan bermesyuarat malam ini selepas perhimpunan tersebut.

“Kami akan bermesyuarat kemudian... mungkin anda boleh bertanya mengenainya kemudian,” katanya ketika diminta mengulas sama ada majlis tertinggi akan membincangkan jawatan Muhyiddin berikutan pertuduhan mahkamahnya.

Semalam, bekas Perdana Menteri itu didakwa di Mahkamah Sesyen atas enam pertuduhan meliputi empat menggunakan kedudukan untuk mendapatkan rasuah RM232.5 juta dan dua lagi pengubahan wang haram membabitkan RM195 juta.

Bagaimanapun, Muhyiddin atau nama sebenarnya Mahiaddin Md Yasin, 76, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azura Alwi.

Tahun lalu, Najib menjadi mantan Perdana Menteri pertama negara yang dipenjarakan atas tuduhan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB.

Wan Fayhsal hari ini juga mengulangi pendiriannya bahawa Muhyiddin adalah mangsa “pendakwaan terpilih” oleh pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ‘amat takut’ terhadap Perikatan Nasional (PN) dan penyokong BERSATU, kedua-duanya diketuai oleh Muhyiddin.

“(Pendakwaan Muhyiddin) mengecewakan, tidak berperikemanusiaan, dan jauh daripada (tema) Rahmah dan Madani yang dibawa oleh kerajaan (Anwar).

“Presiden kami akan bertahan dan kami akan melindunginya. Kami mahu (Muhyiddin) terus memimpin BERSATU dan kami tidak akan berhenti melawan kekejaman ini,” kata Ahli Parlimen Machang yang kelihatan penuh emosi itu kepada hampir 500 perwakilan yang mula bersorak dan menjerit slogan parti.

Ada juga suara perwakilan yang kedengaran menyeru agar Anwar dijatuhkan dan melemparkan cacian kepada pengerusi Pakatan Harapan itu dan juga Kerajaan Perpaduan. - The Vibes, 11 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Titah Adendum: Najib Fail Rayuan Untuk Tahanan Rumah

3

Kolum 5 bulan yang lalu

Najib Razak: Segalanya Telah Berakhir

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Kes Najib: Hormati Keputusan Hakim, Tangani Isu Dengan Bijaksana - PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek