web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Digesa Contohi Wan Saiful, Muhyiddin Patut Letak Jawatan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2023 6:08PM

Muhyiddin Yassin dan Wan Saiful Wan Jan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini berdepan enam pertuduhan di mahkamah, sepatutnya meletakkan jawatan sebagai Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) serta-merta, seperti langkah diambil bekas Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan sebelum ini.

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Haziq Azfar berkata, konsistensi BERSATU dan Perikatan Nasional (PN) yang kononnya terpaling mempertahankan integriti itu, seharusnya dipratikkan Muhyiddin dengan melepaskan kedudukan dalam parti berkenaan.

“Keengganan Muhyiddin untuk meletakkan jawatan serta-merta, malah menggunakan dalih akan menyerahkan ketetapan terkait jawatannya kepada Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), mempamerkan sikap hipokrasi dan cakap tidak serupa bikin BERSATU.

“Ini seolah-olah beliau tidak mementingkan nilai integriti seperti digembar gemburkan anak buahnya Wan Saiful,” katanya menerusi kenyataan.

Muhyiddin hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi BERSATU dan dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram RM195 juta.

Muhyiddin, 75, yang memakai sut biru gelap, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

“Saya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan,” kata Muhyiddin.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu, jika suapan tersebut dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Selain itu, Muhyiddin juga didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) dibaca bersama seksyen 87(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan juga boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Peguam Cara Negara Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Faridz Gohim Abdullah dan Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala Muhyiddin diwakili peguam Datuk K Kumaraendran, Datuk Rosli Dahlan dan Datuk Takiyuddin Hassan.

Hakim Azura memerintahkan ikat jamin ditetapkan pada RM2 juta dengan dua penjamin dan pasport Muhyiddin diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Pada sidang media di kompleks mahkamah sama hari ini, Muhyiddin berkata, beliau menyerahkan nasibnya sebagai Presiden BERSATU kepada Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu untuk membuat keputusan susulan pertuduhannya di mahkamah.

Baru-baru ini, Wan Saiful mengumum melepaskan jawatan sebagai Ketua Penerangan BERSATU, susulan pendakwaan dikenakan terhadapnya.

Pada 21 Februari lalu, Wan Saiful, 48, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan, iaitu meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.92 juta berhubung projek Jana Wibawa.

Dalam pada itu, Haziq memberitahu, Wan Saiful sebelum ini turut mengungkap pentingnya peletakan jawatannya sebagai Ketua Penerangan yang juga jawatan eksekutif dalam parti.

Namun begitu, tambahnya, pemegang jawatan Presiden pula tidak melakukan tindakan sama.

“Adakah jawatan Presiden parti yang merupakan jawatan paling kanan itu, tidak cukup eksekutif berbanding peranan Ketua Penerangan?” soalnya.

“Perkembangan itu menjadikan semua ‘cakap-cakap’ Wan Saiful bahawa perlunya pemegang jawatan eksekutif dalam parti yang terlibat dengan pertuduhan rasuah di mahkamah meletakkan jawatan, seperti dibuat beliau demi mempertahankan nilai integriti, cumalah cakap tidak serupa bikin pemimpin BERSATU.

“Malah (ia) menjadi cerita dongeng mereka semata-mata, tatkala Muhyiddin berdolak-dalih soal kedudukannya sebagai Presiden BERSATU,” katanya. - Getaran, 10 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

MB Terengganu Ketua Pembangkang Baharu

2

Politik 1 bulan yang lalu

Dipecat Daripada BERSATU, 2 ADUN Kedah Masih Kekal Dalam Jawatan - Sanusi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

4

Politik 5 bulan yang lalu

Ikut Jejak Muhyiddin, Azmin, Peja Letak Jawatan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 8 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad