Berita Terkini

9 jam yang lalu: Rohana pulangkan AS$10 juta, aset 1MDB kepada kerajaan 9 jam yang lalu: Manfaatkan Ramadan untuk bentuk penyatuan Ummah - Ahmad Zahid 9 jam yang lalu: Hanya 6.3 peratus atau 2.1 juta rakyat ada ilmu asas pertahanan awam 10 jam yang lalu: Menteri KDN diminta pertimbang lanjut PLKS dalam 3 subsektor 11 jam yang lalu: MAHB catat pergerakan penumpang lebih tinggi pada Februari

IKUTI KAMI


Pendakwaan Muhyiddin Hanya Strategi Sekat Suara Pembangkang

Politik Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2023 4:41PM

Muhyiddin Yassin hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas enam pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram RM195 juta - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pendakwaan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat strategi bagi mengekang suara pembangkang yang lebih dekat dengan rakyat. 

Setiausaha PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, tindakan itu juga mahu menjejaskan reputasi PN menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN), tidak lama lagi. 

Menurutnya, PAS Selangor mendukung prinsip kedaulatan undang-undang negara dan menyakini bahawa pihak berwajib berhak menyiasat mengikut Perlembagaan.

“Bagaimanapun, kuasa tersebut mesti dilaksanakan dengan suci hati dan hanya dalam kes tulen (collateral purposes), bukannya berpilih atas agenda serta kepentingan politik.

“Pendakwaan ini dilihat dilakukan secara tergesa-gesa selari dengan naratif ‘hoi ya hoi di sebelah sana’ yang sentiasa dimainkan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) ketika pembentangan dan perbahasan Belanjawan 2023,” katanya menerusi kenyataan hari ini

Sehubungan itu, Roslan berkata, PAS Selangor menyatakan solidariti ke atas Muhyiddin dan komited mendukung budaya politik matang serta sejahtera. 

“Parti akan terus membela golongan dizalimi tanpa mengira ras dan agama.

“PAS Selangor menyatakan solidariti kepada Muhyiddin yang ditahan SPRM dan didakwa di mahkamah berkaitan isu melibatkan peniaga Melayu serta Bumiputera melalui inisiatif Jana Wibawa, selain pengecualian cukai khas terhadap Yayasan Al-Bukhary,” katanya. 

Muhyiddin hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas enam pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram RM195 juta.

Muhyiddin, 75, yang memakai sut biru gelap, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Muhyiddin didakwa sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden BERSATU, menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan RM200 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd dan RM1 juta daripada Nepturis Sdn Bhd bagi parti itu.

Bagi pertuduhan ketiga dan keempat pula, beliau didakwa sebagai Perdana Menteri dan Presiden BERSATU, menggunakan kedudukannya untuk satu suapan, iaitu wang berjumlah RM19.5  juta daripada Mamfor Sdn Bhd dan RM12 juta daripada Azman Yusoff bagi parti berkenaan

Selain itu, Muhyiddin didakwa atas dua pertuduhan, iaitu sebagai Presiden BERSATU, menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank milik parti berkenaan. - Getaran, 10 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Guan Eng Tidak Pernah Batalkan Pengecualian Cukai Yayasan Albukhary – Anwar

2

Semasa 1 minggu yang lalu

KPWKM Ambil Tindakan Tegas Sekat Laman Sesawang Pornografi

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Guan Eng Hantar Notis Tuntutan, Muhyiddin Ada 7 Hari Untuk Mohon Maaf

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Dedahkan Kesilapan Demi Kepentingan Awam, Bukan Untuk Tujuan Politik - Rafizi

Sorotan

1

Permohonan Dana Kandungan Digital Industri Muzik 2023 Dibuka

2

Pelbagai Tokoh Sertai MARA Demi Pastikan Integriti, Tadbir Urus Dapat Ditambah Baik

3

Skim Rumah Pertamaku Wajar Diteruskan, Harap Kerajaan Bantu Rakyat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tiket Tren ETS Tambahan Sempena Raya & Hari Pekerja Boleh Dibeli Mulai Hari Ini

Semasa 17 jam yang lalu

5 Lebuh Raya Terlibat Sistem Pembayaran Tol Terbuka - Nanta

Semasa 1 hari yang lalu

Lebih 4,000 Kes Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak Diselesai

Semasa 1 hari yang lalu

TH Jangka Bantuan Kewangan Haji Meningkat RM500 Juta Pada 2024