Berita Terkini

6 jam yang lalu: Anwar puji sikap Hun Sen yang hormati kaum Muslim 7 jam yang lalu: Anwar bakal umum pelaburan penting baharu semasa lawatan ke China 7 jam yang lalu: Bazar Ramadan Rahmah di 38 lokasi seluruh negara 7 jam yang lalu: Karate sasaran lubuk emas negara di Sukan SEA - CDM 7 jam yang lalu: Malaysia-Turkiye boleh terokai kerjasama baharu industri aeroangkasa - Ahmad Zahid

IKUTI KAMI


Guna Kuasa Menteri Halalkan Usul Tidak Sah Bermakna UMNO Langgar Perlembagaan

Politik Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2023 7:12AM

Khairy Jamaluddin berkata jawatan utama dalam UMNO termasuk Presiden dan Timbalan Presiden hendaklah dipilih melalui pemilihan parti setiap tiga tahun sekali dan tidak boleh dikecualikan daripada pertandingan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengecualikan UMNO daripada mematuhi Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) membuktikan ia sememangnya melanggar perlembagaan parti.

Mantan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, sekiranya UMNO tidak berbuat demikian, maka Saifuddin tidak perlu menggunakan kuasanya untuk menghalalkan tindakan tidak sah berkenaan.

Menurut beliau, walaupun kenyataan dikeluarkan Saifuddin itu tidak menyatakan secara terperinci kesalahan dilakukan UMNO, tetapi surat yang tular dikeluarkan RoS dengan jelas mendapati parti tersebut melanggar perlembagaannya.

Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin

“Saya tak tahu surat daripada Ketua Pengarah RoS, Mohd Nawardi Saad kepada Setiausaha Agung UMNO, (Datuk Seri) Ahmad Maslan itu sah atau tidak, tetapi sebagai mantan menteri, ia nampak sah dan ‘original’ (tulen).

“Berdasarkan surat itu, dengan jelas memaklumkan bahawa usul tambahan UMNO yang diputuskan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 adalah tidak teratur, bertentangan dan bercanggah dengan peruntukan Fasal 9.3 Perlembagaan UMNO.

“Ia membawa maksud keputusan tambahan di PAU agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada penggal akan datang adalah tidak sah,” katanya menerusi video yang dimuatnaik di Instagram beliau, malam tadi.

Justeru beliau berkata, jawatan utama dalam UMNO termasuklah Presiden dan Timbalan Presiden hendaklah dipilih melalui pemilihan parti setiap tiga tahun sekali dan tidak boleh dikecualikan daripada pertandingan.

“Ini Perlembagaan UMNO. Usul halang pemilihan tersebut adalah tidak sah. Jadi ibu pejabat UMNO dan Presiden nak kata apa lagi. Ahli UMNO dan perwakilan dinafikan hak mereka untuk memilih Presiden dan Timbalan Presiden.

“Dahlah tak malu, buat usul nak melindungi ketua sendiri, siap boleh langgar perlembagaan parti. Jadi nak halalkan usul tidak sah ini, hanya satu cara sahaja yang ada iaitu menggunakan menteri daripada PKR gunakan kuasanya untuk mengecualikan tindakan tidak sah ini.

“Maka terselamatlah Zahid (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) dan Mat Hasan (Datuk Seri Mohamad Hasan). Jawatan lain lawanlah puas-puas. Yang ada di atas menjadi kasta tidak boleh disentuh atau dicabar,” katanya.

Sementara itu, Khairy turut membidas kenyataan dikeluarkan segelintir penyokong UMNO bahawa pengecualian diberikan Saifuddin bertujuan mengelak parti daripada diharamkan.

“Ini logik bodoh dan tak betul. Siapa kata UMNO akan diharamkan. Dalam surat RoS dengan jelas menyebut sehubungan itu UMNO perlu mengambil tindakan pembetulan dengan tidak mengetepikan perlembagaan parti.

“Maknanya UMNO dah buat silap. Sila perbetulkan, buka pemilihan Presiden dan Timbalan Presiden untuk dipertandingkan, habis cerita. Tidak perlu melanggar perlembagaan sendiri, nak melindungi Zahid dan Mat Hasan. Tak timbul soal nak mengharamkan UMNO, itu hanyalah spin (putar belit) semata-mata.

“Ini tak nak buat tindakan pembetulan tapi bergantung belas ihsan menteri untuk halalkan tindakan tidak sah. Malu betul. Adakah ini UMNO sekarang?” soalnya.

Saifuddin Nasution Ismail
Saifuddin Nasution Ismail

Semalam, Saifuddin dalam satu kenyataan memaklumkan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi pengecualian kepada UMNO daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966, berhubung keputusan usul tambahan tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti tahun ini.

Keputusan itu diberi mengikut Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966, yang memperuntukkan menteri boleh menggunakan budi bicaranya untuk mengecualikan mana-mana pertubuhan berdaftar daripada semua atau mana-mana peruntukan dalam Akta Pertubuhan 1966.

Seksyen 13(1)(c)(iv) akta berkenaan pula memperuntukkan Pendaftar boleh membatalkan pendaftaran mana-mana pertubuhan berdaftar yang didapati melanggar secara sengaja mana-mana peruntukan atau peraturan dalam akta itu.

Bagaimanapun keputusan itu dipertikaikan beberapa Ahli Parlimen pembangkang yang meminta Saifuddin untuk memberi penjelasan berhubung surat yang tular semalam didakwa dikeluarkan RoS berhubung pemilihan UMNO.

Pada 20 Januari lalu, dua ahli UMNO memfailkan notis bantahan kepada RoS berhubung ketetapan PAU 2022 untuk tidak mempertandingkan dua jawatan itu yang didakwa tidak sah dan bercanggah dengan perlembagaan parti. - Getaran, 8 Mac 2023

Sorotan

1

Benar Kata PM, KWSP Hanya Patut Dikeluarkan Selepas Bersara – MTUC

2

Sudah Tiba Masa Perkasa Pengurusan Air

3

Dakwa Difitnah, Guan Eng Saman Muhyiddin

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Janji Palsu Scammer Terbongkar, 3 Termasuk Wanita Asing Dicekup

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Dari Penyayang Kepada Kejam, Sikap Berubah Kerana Pencetus Tertentu - Pakar

oleh Sofian Baharom

Sukan 1 hari yang lalu

Terbuka Switzerland: Soon Huat-Shevon Mara Ke Pentas Akhir Bertemu Wakil China

Semasa 1 hari yang lalu

PM Adakan Lawatan Rasmi Ke Kemboja Esok