web statsweb stats

Berita Terkini

1 minit yang lalu: PRN Johor ditetapkan pada 27 Jun - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR

IKUTI KAMI


BERSIH Tegur 7 Kegagalan Kerajaan Perpaduan, Gesa Laksana 3 Reformasi

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2023 9:31PM

BERSIH menggariskan tujuh kekesalannya terhadap kerajaan perpaduan yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Di sebalik beberapa kejayaan terbesar dicapai Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam tempoh 100 hari, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) meluahkan kekesalan kerana kerajaan perpaduan melepaskan beberapa peluang melaksanakan reformasi mudah sepanjang pentadbirannya.

Jawatankuasa Pemandu BERSIH menggariskan tujuh kekesalannya terhadap kerajaan perpaduan antaranya, kegagalan meneruskan peruntukan pembangunan kawasan kepada Ahli Parlimen (MP) pembangkang sedangkan ia dijanjikan dalam kedua-dua manifesto Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Menurut kenyataan itu lagi, mereka juga kesal kerana tiada pemantauan Parlimen dan telus dalam pelantikan pegawai awam utama termasuklah Peguam Negara, ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

“Tidak ada pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Pindaan Perlembagaan bagi menghadkan penggal Perdana Menteri kepada 10 tahun, yang merupakan kandungan MoU antara kerajaan (Datuk Seri) Ismail Sabri (Yaakob) dan PH yang belum terlaksana.  

“Tidak ada pembentangan RUU Pembiayaan Politik walaupun perkara ini sudah diusahakan empat kerajaan berturut-turut dan tidak ada pembentangan RUU Perkhidmatan Parlimen walaupun usaha ini dimulakan sejak daripada mantan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Ariff Yusof,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Malah beliau berkata, tiada pemansuhan atau penyemakan semula oleh jawatankuasa Parlimen bagi Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi 1972, Akta Komunikasi dan Multimedia 1988, Akta Cetakan dan Penerbitan 1984, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.

Katanya, BERSIH juga kesal kerana tiada pembentukan Jawatankuasa Parlimen lebih daripada dua bulan selepas Parlimen ke-15 mengangkat sumpah.

Bagaimanapun, beliau berkata, BERSIH memuji tiga inisiatif kerajaan perpaduan dalam tempoh 100 hari iaitu masa soalan Perdana Menteri di Dewan Rakyat dan peningkatan bilangan usul daripada dua ke empat di dalam Kamar Khas.  

“Kami juga menyambut baik permulaan perbincangan antara Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi dan Peguam Cara Negara berkaitan pemisahan Pejabat Pendakwa Raya daripada Jabatan Peguam Negara serta penubuhan suruhanjaya undang-undang yang bebas.

“Justeru, kami mengucapkan tahniah kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman atas inisiatif yang diambil berkaitan Parlimen dan Jabatan Peguam Negara,” katanya.

Sementara itu, BERSIH turut menggesa kerajaan melaksanakan tiga reformasi yang dikemukakan dalam tempoh 100 hari akan datang.

Katanya, pelaksanaan tiga reformasi itu mungkin memerlukan persidangan Dewan Rakyat dilanjutkan daripada tarikh yang telah dijadualkan.

Tiga reformasi berkenaan adalah pembentukan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JPKP) dan Jawatankuasa Tetap Parlimen (JTP) termasuk satu jawatankuasa untuk pilihan raya dan demokrasi berbilang parti; Akta Parlimen bagi peruntukan pembangunan kawasan yang saksama kepada semua ahli Parlimen serta pengiktirafan Kabinet Bayangan Perikatan Nasional (PN) dengan elaun, pegawai penyelidik dan akses maklumat.

Mengulas lanjut, beliau berkata, BERSIH turut menggesa kerajaan dan Parlimen untuk mengambil ikhtiar melaksanakan tujuh reformasi sebelum 24 November ini.

Ia membabitkan penggubalan dan pindaan beberapa akta termasuk Akta Pendanaan Politik, pemisahan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya dan semakan semula Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971.

“Kami akan terus berbincang dengan kerajaan, Parlimen dan pihak berkepentingan yang lain untuk mendesak reformasi yang dijanjikan, serta akan terus memantau dan menyemak imbang perkembangan kemajuannya,” katanya. - Getaran, 4 Mac 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 19 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad