web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PEJUANG Mohon Sertai PN: Abu Hafiz Keluar Parti

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2023 5:25PM

Dr Abu Hafiz - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Ketua Pemuda Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Dr Abu Hafiz Salleh Hudin hari ini, mengumumkan keluar daripada parti tersebut.

Abu Hafiz berkata, keputusan itu dibuat susulan permohonan PEJUANG untuk menyertai gabungan Perikatan Nasional (PN), seperti diumumkan Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

“Keputusan mengutus surat secara rasmi bagi menjadi anggota komponen PN adalah berbeza dengan pendirian peribadi dan akademik saya yang melawan ektremisme, menyalahgunakan sentimen Melayu-Islam dan juga mereka cuba memusuhi segala unsur Melayu-Islam.

“Saya mengambil inisiatif peribadi mengulas dan melawan ucapan, tulisan serta apa-apa naratif manipulasi agama-bangsa secara terbuka yang digunakan secara melampau dalam PN, terutama PAS,” katanya menerusi kenyataan.

Getaran hari ini melaporkan PEJUANG berhasrat menjadi parti komponen dalam PN, demi memastikan tiada perpecahan undi Melayu dalam pilihan raya akan datang.

Menurutnya, beliau sudah menghantar surat kepada Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memohon hasrat PEJUANG itu diterima, selain mengemukakannya kepada Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Presiden Parti Gerakan (GERAKAN), Datuk Dr Dominic Lau.

Abu Hafiz berkata, beliau sudah memaklumkan kepada pejabat Setiausaha Agung PEJUANG berhubung pemberhentian keahliannya hari ini, bagi memberikan lebih fokus kepada tugas akademik dan hal lain.

“Semoga PEJUANG dan kepimpinannya terus dibimbing Allah dalam ranah politik Malaysia,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), November lalu, PEJUANG yang juga parti serpihan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), kalah teruk dengan kesemua calonnya, termasuk mantan Pengerusi dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, hilang wang deposit.

Awal bulan lalu pula, Dr Mahathir bersama 12 lagi ahlinya mengumumkan keluar daripada parti itu.

Menurut notis kepada Setiausaha Agung PEJUANG, Datuk Amiruddin Hamzah, keputusan itu dibuat mereka berikutan tindakan parti berkenaan memutuskan hubungan dengan Gerakan Tanah Air (GTA).

Dr Mahathir kemudian mengumumkan beliau dan 12 individu terbabit memilih Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) sebagai platform untuk memperjuangkan hak orang Melayu tanpa mengetepikan kepentingan kaum lain. - Getaran, 2 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

2

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kemaman: PEJUANG Tidak Letak Calon

3

Politik 2 tahun yang lalu

PRK DUN Pelangai: 16,456 Pengundi Tunai Tanggungjawab Esok

4

Politik 2 tahun yang lalu

'Mengata Dulang Paku Serpih', PN Kempen Di Masjid Boleh Pulak? - Netizen

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan